Friday 18 May 2012

RAHSIA BANGSA BERJAYA

Bangsa Melayu cukup terkenal dengan sifat mereka yang sopan-santun dan berbudi bahasa, hal ini terjadi disebabkan faktor warisan orang tua-tua yang cukup mementingkan sifat luhur ini. Bangsa Melayu juga cukup terkenal dengan sifat pemalu dan tidak banyak cakap oleh orang asing, sebagaimana yang tercatat dalam kitab penggambaraan Alfonso De Albuqarque."Semananjung Emas Tanah Melayu"Namun begitu, disebalik sifat luhur ini adakah bangsa Melayu pernah dikatogorikan sebagai bangsa yang maju sebagaimana bangsa Jepun, Cina, Inggeris, dan Israel? ataupun pernah memiliki empayar kerajaan yang luas seperti Arab, India dan Monggol? jawapannya cukup mudah TIDAK PERNAH. Tiada satupun dalam lipatan sejarah yang menunjukkan bangsa melayu ini pernah memiliki empayar kerajaan yang luas, yang ada hanyalah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, itupun menguasai perairan Asia Tenggara sahaja dan tidak seperti bangsa lain yang pernah menakluk separuh dunia.
Hari ini, setelah bangsa Melayu menelusuri sejarah yang panjang adakah kaum melayu ini sedar dan ada keinginan untuk menjadi bangsa yang maju serta dihormati? Jawapannya juga TIDAK. Inilah sebenarnya masalah besar kaum Melayu mereka terlalu hidup dalam zon selesa padahal hasil bumi sendiri dijarah orang! hal ini cukup membimbangkan para cendikiawan Melayu dan para pemimpin Melayu sebagaimana Za'ba pernah menulisbeberapa buah puisi mengenai kekesalan beliau akan bangsa Melayu ini yang lemah dalam segenap aspek. Tun Dr Mahathir Mohamad juga melahirkan kekesalan beliau dan mengkritik sikap orang Melayu dalam bukunya Dilema Melayu yang dianggap Buku yang penuh kontroversi suatu ketika dahulu.
Sudah banyak sebenarnya usaha kerajaan membantu kaum Melayu ini daripada terus ketinggalan dalam penguasaan ekonomi pendidikan dan taraf kesihatan orang Melayu. Sebagaimana DEB, MEB, MARA, FELDA ,UITM dan sebagainya cukup sinonim dengan orang melayu, pelbagai bantuan disalurkan bermula dari bantuan modal dan kepakaran kepada usahawan Bumiputera,  pemberian biasiswa kepada anak-anak Melayu yang pintar dalam pelajaran serta pemberian rumah kos rendah bagi keluarga Melayu yang tidak berkemampuan. Namun begitu adakah dengan pemberian insentif ini telah memajukan melayu, jawabnya juga TIDAK. Yang jadinya bangsa melayu terus lemah dari generasi ke generasi kerana sentiasa mendapat bantuan kerajaan berupa subsidi dan biasiswa. Timbul persoalan adakah kejayaan atau kegagalan sebenarnya berasal dari keturunan???
Menurut Arnold Tonybee, kejayaan sesebuah peradaban bukan bermula dari keturunan tetapi bermula dari bagaimana sesebuah bangsa itu mampu unytuk mencari ikhtiar bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatangyang akhirnya membuahkan hasil yang gemilang. Orang Melayu sebenarnya perlu mengubah mentaliti dan cara berfikir mereka yang sering menyekat kemajuan mereka. Sebagai contoh adakah seseorang Melayu itu sanggup bekerja lebih masa bagi menambah reeki hariannya? adakah ibubapa sanggup meghabiskan harta semata-mata memberikan pelajaran kepada anak-anak? adakah golongan atasan Melayu sanggup membantu bangsa sendiri dengan memberi bantuan untuk sama-sama berjaya seperti mereka?
Nilai kesungguhan perlu ada dalam jwa orang melayu sekiranya inginkan kehidupan yang lebih baik, sebagai contoh seorang ahli politik begitu komited dalam mengembangkan kerjaya politiknya dengan menambah ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam ilmu politik tetapi juga ilmu lain samada Psikologi, Agama, ekonomi, undang-undang dan kemahiran berpidato. Hal ini kerana ilmu adalah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang mencari, sesiapa yang lebih berilmu bersiaplah menjadi raja. Sebagaimana masyarakat barat dizaman Renaisense berjaya menukar zaman gelap kepada zaman yang penuh kemodenan atas usaha dan sikap bersungguh-sungguh mereka dalam mengaplikasikan yang dipelajari daripada ilmu sarjana islam.
Selain itu untuk mncapai kemajuan bangsa Melayu mestilah menggunakan segala kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri orang melayu. Seperti sifat jujur dalam perniagaan, berani mengambil risiko dan tidak cepat putus asa. Sebagaimana diketahui Negara Jepun telah kalah dalam Perang Dunia II ekoran pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Namun begitu mereka berjaya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka iaitu sifat rajin bagi membina kembali Negara mereka yang musnah, hasilnya hari ini mereka menjadi negara kuasa ekonomi selepas Amerika sehinggakan dikatakan setiap negara didunia pasti ada barangan buatan Jepun, biarpun hanya sebesar skru.

 Hiroshima Selepas dibom


                                                              Hiroshima hari ini

Oleh itu bangsa melayu mestilah memaksimumkan kebolehan yang ada dalam diri orang Melayu, hapuskan sifat rendah diri dan pemikiran jumud, tambahkan pemikiran positif dan dinamis serta sanggup menghadapi cabaran kerana mereka yang tidak sanggup menghadapi cabaran akan tewas ditangan orang yang kuat.
  "Takkan Hilang Melayu Di Dunia"



No comments:

Post a Comment