Harakiri atau Seppuku ini membawa
maksud membunuh diri secara terhormat yang dilakukan oleh para Samurai tatkala
apabila mereka kalah dalam pertempuran atau kegagalan menjalankan sesebuah
kewajipan. Bagi mereka tiada guna lagi hidup apabila hilang sebuah kehormatan
dalam diri. Budaya ini cukup popular pada zaman Edo sehingga Meiji. Bentuk
pelaksanaan Harakiri ini adalah dengan menggunakan pedang Samurai dan
ditusukkan diperut atau jantung lalu dibelah kekanan dan kekiri serta
mengeluarkan usus. Bunyinya ngeri namun begitulah bentuk ritualnya. Bagi mereka
Kehormatan adalah segala-galanya daripada hidup dalam maruah yang dinodai.
Namun harakiri ini turut diamalkan
sebagai tanda cinta akan tanah air, seperti mana tentera jepun yang sanggup
membunuh diri apabila kalah perang. Pernah juga dalam pembaca menonton filem
Pearl Harbour bagaimana tentera udara Jepun melanggar kapal tentera Amerika di
perairan Pearl Harbour semata-mata ingin memastikan musuh tewas tatkala mereka juga
turut tekorban sama. Semasa kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, banyak
laporan menunjukkan ramai tentera Jepun yang melakukan Harakiri apabila
mendapat tahu yang mereka tewas dalam Perang Dunia terbabit. Dalam pendirian
mereka, lebih baik mati daripada melihat kekalahan didepan mata.
Bagi masyarakat Jepun Moden, kita
dapat melihat bagaimana budaya Harakiri ini masih berlaku namun caranya
berbeza, misal contoh apabila Negara Jepun mengalami masalah ekonomi maka
Menteri Ekonomi mereka akan meletak jawatan secara terhormat sebagai tanda
kegagalan dalam melaksanakan tugas. Seorang eksekutif syarikat akan meletak
jawatan jika prestasi syarikat merundum. Dan, seseorang kakitangan kerajaan
akan meletak jawatan sekiranya mereka pernah melakukan kesalahan seperti
menerima rasuah atau sebagainya. Ini sebagai tanda yang mereka bertanggungjawab
atas apa perkara yang berlaku.
Disebabkan itulah jika kita lihat
realiti dunia Jepun hari ini, bagaimanakah keadaan mereka? Pencapaian ekonomi
yang makmur, kemajuan teknologi dan inovasi yang cemerlang, tahap IQ yang
tinggi dan budaya kerja yang cukup dikagumi. Kesemua ini adalah berpunca
daripada sikap mereka yang mengutamakan kejayaan, kerana jika mereka gagal maka
jatuhlah maruah dan airmuka mereka. Begitulah kesimpulan yang mudah untuk
difahami. Sememangnya harakiri ini jika dilihat secara sudut pandang yang positif
ianya merupakan suatu alat atau kaedah untuk memotivasikan individu agar
berusaha keras untuk mencapai matlamat yang diingini. Ianya juga merupakan
suatu tanda kepada tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seseorang
individu bagi mencapai matlamat yang diusahakan.
Tetapi konsep memotivasikan individu
untuk berusaha keras ini bukan sahaja ada pada bangsa jepun malah terdapat juga
kepada bangsa-bangsa lain seperti Yahudi dan Islam. Misal contoh, dalam kitab
Talmud Yahudi ada menyatakan bahawa “Anak-Anak Yahudi yang miskin akan
kelihatan telanjang didepan musuh-musuhnya”. Apakah mesejnya? Mesejnya adalah, sebagai
sebuah saranan untuk orang-orang Yahudi mencari harta dan berjaya dalam segenap
bidang yang diceburi mereka. Jika gagal maka ianya akan menjatuhkan maruah
mereka yang beragama Yahudi sebagai Makhluk pilihan Tuhan.
Disebabkan itulah lahir dalam
kalangan orang-orang Yahudi ini yang cemerlang dalam pelbagai bidang seperti
Michel Dell (Dell Computers), Sergey Brin (Google), Steven Ballmer (Microsoft),
Micheal Eisner (Walt Disney), Terry Semel (Yahoo,E-Bay). Dalam bidang sarjana
pula seperti Albert Einstein, Thomas Khun, Emile Durkheim, Karl Marx dan
Abraham Maslow.
Namun begitu, dalam agama islam turut
mempunyai konsep motivasi sebagai memacu semangat umatnya untuk terus maju.
Misal contoh konsep Jihad yang mana berusaha keras untuk mencapai keredhaan
Allah. Namun begitu sayang sekali, umat islam sering meletakkan konsep Jihad ini
dalam sudut yang sempit iaItu Jihad adalah perang. Sedangkan Jihad ini
mencakupi bidang yang luas seperti Jihad Ekonomi, Jihad Pendidikan dan
lain-lain. Disebabkan konsep Jihad inilah dalam sejarah pernah tercatat tamadun
Islam menguasai 2/3 dunia serta pelopor kepada ilmu dunia.
Abdullah bin Rawahah sahabat nabi pernah
melafazkan kata-kata iaitu berperang mencapai kemenangan atau mati dalam
terhormat. Selain itu Tariq bin Ziyad pernah menyebut didepan kamu adalah musuh
manakala dibelakang kamu adalah laut, mana satu anda pilih? Ayat-ayat ini
adalah berfungsi untuk dorongan serta motivasi kepada tentera islam menentang
musuh bagi mencapai kemenangan.
Persoalannya adakah kita cukup
bermotivasi dengan ayat Al Quran yang menyebut " Kamu (Umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan perkaar yang salah. (Al Imran, Ayat 110).