Siapa tidak kenal dengan nama Charles Darwin, bagi mana-mana
pelajar sekolah menengah aliran Sains cukup sinonim dengan mereka. Beliaulah
bapa kepada teori evousi manusia yang merupakan pelopor kepada teori manusia
berasal daripada beruk.
Kesan kepada teori ini cukup besar kepada manusia
sebenarnya, jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa perang dunia
pertama dan kedua adalah berpunca dari teori ini,dan bukannya berpunca daripada
pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary dan isterinya di
Sarajevo Bosnia. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku secara kebetulan tetapi
diambil oleh sejarawan semata-mata dijadikan alasan bagi menutup teori Darwin
ini.
Sebenarnya, peristiwa ini bermula apabila ramai dalam kalangan
pemimpin utama Negara yang berperang terpegaruh dengan dakyah Teori Darwin. Teori
Darwin yang menampilkan konsep “siapa yang kuat mereka yang berkuasa”. Dengan
cara inilah mereka terpengaruh disebabkan mereka ingin mengekalkan kuasa tanpa
diganggugugat oleh orang lain.
Kebetulan pada Abad ke 19 dalam tahun 1910, ini berlaku
krisis kewangan dan bencana alam yang serius menyebabkan berlakunya krisis
kelaparan, rusuhan dan jenayah dimana-mana negara didunia. Disebabkan
terpengaruh oleh dakyah Darwin, maka muncul stigma dalam minda para pemimpin di
beberapa negara Eropah untuk menakluk negara jiran mereka yang dianggap lemah
semata-mata bagi menakluk sumber asli dan sumber makanan hanya untuk elak
krisis makanan. Jika sekali imbas senario ini tiada bezanya dengan kera dihutan
yang berperang sesama sendiri bagi mandapatkan sumber makanan yang terhad.
Teori Charles Darwin juga menampilkan soal manusia, manusia
separa haiwan dan haiwan. Para pemimpin perang menganggap bahawa mereka adalah
manusia, manakala golongan yang selain mereka adalah beruk atau separa beruk.
Maka terjadilah peristiwa penjelajahan dan penerokaan golongan yang mengaggap
mereka kuat dan berhak memerintah dunia ini ke benua Afrika dan Asia. Maka
terjadilah proses perhambaan orang kulit hitam terhadap orang kulit putih. Jadi
tidak hairanlah bahawa di Eropah kini masih wujud sifat rasis sesama sendiri
antara golongan kulit putih dan golongan kulit hitam, sebagai contoh dalam
pertandingan bolasepak EPL muncul perbalahan antara pemain bola sepak seperti
pada tahun 2012, Luis Suarez (Liverpool) dengan Patrick Evra (Man U), manakala
dalam kes lain iaitu antara John Terry (Chelsea) dengan Anton Ferdinand
(QPR) tetapi rasis hari ini tidak
setebal dahulu kerana telah diperjuangkan oleh Martin Luther King J.R dan
Nelson Mandela dalam isu Anti Apartied, sehinggakan Presiden Amerika hari ini
pun adalah salasilah Orang Negro Iaitu Presiden Barrack Obama.
Martin Luther King
J.R
Nelson Mandela
Sebelum perjuangan pembebasan puak kulit hitam dicetuskan
orang kulit hitam dihina sehinanya sehinggakan ada antara banduan kulit hitam
diarah menjadi sarkis dalam pertunjukan sarkas, peristiwa ini tidak berlaku
dengan meluas di kota London tetapi peristiwa ini ditutup oleh kerajaan bagi
menjaga sensitiviti kaum.
Radovan Karadzik, dan Ratco Mladix adalah antara pemimpin
yang dua pemimpin tentera yang paling bertanggungjawab dalam menyebabkan ribuan orang muslim terbunuh
dalam perang Bosnia, mereka berdua kini dihukum oleh Tribunal Jenayah Perang Dunia(ICC)
atas tuduhan kesalahan jenayah perang. Setelah
dikaji mereka berdua turut terpengaruh
dengan hasil tulisan Darwin, sama juga ceritanya dengan Khamer Rouge yang
melakukan jenayah perang terhadap rakyat sendiri semasa perang Myanmar bersama
tentera Junta.
Namu begitu kita bersyukur kerana konflik serius ini
tidak berlaku di tanah air kita Malaysia.....
No comments:
Post a Comment