Thursday 7 June 2012

PENGARUH CHARLES DARWIN



Siapa tidak kenal dengan nama Charles Darwin, bagi mana-mana pelajar sekolah menengah aliran Sains cukup sinonim dengan mereka. Beliaulah bapa kepada teori evousi manusia yang merupakan pelopor kepada teori manusia berasal daripada beruk.
Kesan kepada teori ini cukup besar kepada manusia sebenarnya, jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa perang dunia pertama dan kedua adalah berpunca dari teori ini,dan bukannya berpunca daripada pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary dan isterinya di Sarajevo Bosnia. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku secara kebetulan tetapi diambil oleh sejarawan semata-mata dijadikan alasan bagi menutup teori Darwin ini.



Sebenarnya, peristiwa ini bermula apabila ramai dalam kalangan pemimpin utama Negara yang berperang terpegaruh dengan dakyah Teori Darwin. Teori Darwin yang menampilkan konsep “siapa yang kuat mereka yang berkuasa”. Dengan cara inilah mereka terpengaruh disebabkan mereka ingin mengekalkan kuasa tanpa diganggugugat oleh orang lain.
Kebetulan pada Abad ke 19 dalam tahun 1910, ini berlaku krisis kewangan dan bencana alam yang serius menyebabkan berlakunya krisis kelaparan, rusuhan dan jenayah dimana-mana negara didunia. Disebabkan terpengaruh oleh dakyah Darwin, maka muncul stigma dalam minda para pemimpin di beberapa negara Eropah untuk menakluk negara jiran mereka yang dianggap lemah semata-mata bagi menakluk sumber asli dan sumber makanan hanya untuk elak krisis makanan. Jika sekali imbas senario ini tiada bezanya dengan kera dihutan yang berperang sesama sendiri bagi mandapatkan sumber makanan yang terhad.
Teori Charles Darwin juga menampilkan soal manusia, manusia separa haiwan dan haiwan. Para pemimpin perang menganggap bahawa mereka adalah manusia, manakala golongan yang selain mereka adalah beruk atau separa beruk. Maka terjadilah peristiwa penjelajahan dan penerokaan golongan yang mengaggap mereka kuat dan berhak memerintah dunia ini ke benua Afrika dan Asia. Maka terjadilah proses perhambaan orang kulit hitam terhadap orang kulit putih. Jadi tidak hairanlah bahawa di Eropah kini masih wujud sifat rasis sesama sendiri antara golongan kulit putih dan golongan kulit hitam, sebagai contoh dalam pertandingan bolasepak EPL muncul perbalahan antara pemain bola sepak seperti pada tahun 2012, Luis Suarez (Liverpool) dengan Patrick Evra (Man U), manakala dalam kes lain iaitu antara John Terry (Chelsea) dengan Anton Ferdinand (QPR)  tetapi rasis hari ini tidak setebal dahulu kerana telah diperjuangkan oleh Martin Luther King J.R dan Nelson Mandela dalam isu Anti Apartied, sehinggakan Presiden Amerika hari ini pun adalah salasilah Orang Negro Iaitu Presiden Barrack Obama.
                                                                 
Sebelum perjuangan  pembebasan puak kulit hitam dicetuskan orang kulit hitam dihina sehinanya sehinggakan ada antara banduan kulit hitam diarah menjadi sarkis dalam pertunjukan sarkas, peristiwa ini tidak berlaku dengan meluas di kota London tetapi peristiwa ini
ditutup oleh kerajaan bagi menjaga sensitiviti kaum.
Radovan Karadzik, dan Ratco Mladix adalah antara pemimpin yang dua pemimpin tentera yang paling bertanggungjawab dalam  menyebabkan ribuan orang muslim terbunuh dalam perang Bosnia, mereka berdua kini dihukum oleh Tribunal Jenayah Perang Dunia(ICC) atas tuduhan kesalahan jenayah perang.  Setelah dikaji  mereka berdua turut terpengaruh dengan hasil tulisan Darwin, sama juga ceritanya dengan Khamer Rouge yang melakukan jenayah perang terhadap rakyat sendiri semasa perang Myanmar bersama tentera Junta.
Namu begitu kita bersyukur kerana konflik serius ini tidak pernah berlaku di tanah air kita Malaysia.....

                                                                                                           I love Malaysia,,,,,,,.