Saturday 15 December 2012

Wasiat Seorang Penakluk









‘Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda  tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ayahanda ditakdirkan. Tambahan lagi pemergian ayahanda sudah ada panggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama islam sebab itulah kewajipan raja-raja islam. Utamakan kepentingan agama melebihi lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan urusan  agama. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa  besar dalam jawatan penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu kearah itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali dibenarkan syaraak.
Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatlah ulama. Jangan sekali-kali mengusir mereka dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda  dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian Allah kurniakan kepada Ayahanda nikmatnya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros mambelanjakan harta kerajaan dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun  gunakan lebih daripada sepatutnya sebab itu akan membawa kepada kehancuran kerajaanmu. Sesungguhnya kelemahan dirimu adalah kekuatan musuh-musuhmu……

Wasiat Sultan Muhammad Al Fateh….. kepada para penggantinya iaitu pemimpin generasi islam…




No comments:

Post a Comment