Saturday 22 December 2012

SULTAN MUHAMMAD AL FATEH (SIRI 1)





Kisah Hidup seorang pemimpin agung.......


Tanggal 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Maharaja Konstantin serta rakyat konstantinople, tidak dapat membayangkan bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki ditambah pula dengan pembinaan 4 batang parit yang panjang itu berjaya ditembusi oleh pasukan tentera Muhammad al-Fateh?


Sesuatu yang menakjubkan! tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapal dilengkapi meriam Urban masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera dan tamadun sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 buah kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas (Golden Horn). Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan! Patutlah pada malam sebelum kadatangan Sultan Al Fateh gambar Jesus yang dipaparkan di Aya Sophia terjatuh dan patung Jesus disambar petir. Para Rahib pada malam itu telah pun membuat ramalan bahawa akan datang malapetaka yang akan menimpa Konstantinople. Namun begitu, Maharaja Konstantin tidak percaya dengan menyatakan bahawa Konstantinople tidak akan jatuh selagi mana ada Bulan dan Bintang.


Namun begitu, siapakah pemimpin yang mengetuai armada perang yang besar ini? Timbul persoalan adakah beliau merupakan seorang ketua yang memiliki pengalaman perang selama berpuluh-puluh tahun? Jawapannya tidak! Yang pasti mengejutkan ialah beliau hanyalah seorang Sultan yang berusia 20 tahun.


Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh kepimpinan Khalifah Islamiah Uthmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 20 tahun. Peperangan yang hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.


Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.


Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnasia. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 20 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.


Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah Al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.


Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu dan dikuburkan di kaki benteng Konstantinople.


Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Namun begitu mereka gagal menjumpainya. Melalui hidayah yang Allah berikan Sultan Muhammad Al Fateh maka baginda  melakukan solat hajat bagi membuka pintu hatinya. Melalui izin Allah maka baginda dapat terbayang dimana terletaknya kubur sahabat Nabi tersebut. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.


Kerana mengikut sejarah dahulunya kubur Abu Ayub Al Ansari terletak di kaki benteng Constantinople, sebelum kematian beliau Abu Ayub telah berwasiat agar jenazahnya dikuburkan di kaki benteng Constantinople. Melalui harapannya beliau mahu mendengar derapan kaki kuda yang bakal menawan Constantinople. Amanat ini disempurnakan oleh Sultan Yazid bin Muawwiyah, dengan memerintahkan beberapa tentera islam untuk kuburkan jenazah aahabat Nabi tersebut. Ketika peristiwa pemakaman tersebut ia disaksikan oleh beberapa tentera Konstantin dan mereka melarang jenazah tersebut di tanam di konstantin, tetapi melalui rundingan antara tentera islam dengan tentera Konstantin membolehkan jenazah sahabat nabi itu ditanam di Kaki bentang  Constantinople. Dengan syarat tentera islam keluar dari Constantinople daripada mengepung kota tersebut. Sebelum tentera islam beredar seorang tentera islam telah memberi amaran kepada kerajaan Constantinople bahawa sekiranya mengganggu makam sahabat nabi ini maka tentera islam akan memastikan “loceng gereja Aya Sophia tidak akan berbunyi lagi”.  


Namun begitu timbul berita yang kubur sahabat nabi ini membawa berkat iaitu sesiapa sahaja yang terdapat penyakit boleh berdoa di kubur Abu Ayub dan kesannya pesakit tersebut akan sembuh serta merta. Sama juga situasinya kalau ingin menjadi kaya, mereka akan berdoa di kubur Abu Ayub maka mereka akan terus menjadi kaya. Berita ini diketahui oleh Maharaja Constantin, maka dengan rasa marah beliau memerintahkan agar kubur itu digali semula dan ditanam di dalam hutan tebal dan melarang semua rakyatnya daripada mendekati hutan tersebut. Ketika penggalian semula ini mereka terkejut  apabila mendapati yang jenazah sahabat ini masih elok seolah-olah baru ditanam. Padahal kubur itu telah ditanam kira-kira 10 tahun yang lalu. Timbul perasaan aneh dikalangan tentera Constantin, namun begitu mereka tidak memperdulikan keadaan aneh jenazah tersebut tatapi  melaksanakan arahan Maharaja Constantin untuk pindahkan kubur tersebut.
Namun begitu selepas 500 tahun kubur Abu Ayub Al Ansari digali semula. Oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu, biarpun sahabat nabi itu telahpun syahid selama 500 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali, timbul perasaan kecil hati di hati Sultan Al Fateh kerana pada anggapan baginda yang Abu Ayub tidak mahu bersentuhan dengan baginda. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Terutama ketika ekspedisi menawan Constantinople.  Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. 

Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.


Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 setelah dibunuh oleh Maesto Jakopa doktor peribadi baginda sendiri iaitu seorang yahudi Russia dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.









akan bersambung untuk siri kedua....





Saturday 15 December 2012

MASALAH KECELARUAN GENDER








Masalah kecelaruan gender merupakan masalah yang sering kali timbul perdebatan dalam kalangan ahli akademik, media massa dan pihak pemerintah negara. Permasalahan ini sebenarnya berasal daripada pelbagai faktor dan kesannya cukup besar kepada masyarakat dan negara. Banyak kajian yang telah dibuat bagi mengkaji masalah ini namun mekanisme ini masih dalam pelaksanaan.

PENGENALAN
Disfora Gender atau kecelaruan gender inni boleh didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan dan tanggapan individu terbabit yang  bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Dengan kata  lain kecelaruan gender ialah seseorang yang memiliki jantina tetapi kurang senang dengan jantina yang mereka miliki atau timbul perasaan kurang senang kerana bertentangan dengan sifatnya. Contohnya seseorang lelaki yang terkeliru dangan status jantinanya kerana walaupun dia adalah seorang lelaki namun sifat dan perwatakannya lebih menjurus kepada perempuan seperti lembut dan sebagainya.
Kekeliruan gender ini terbahagi kepada pelbagai jenis dan konteks contoh
1.      Transeksualisme
2.      Pondan atau Lelaki Lembut
3.      Homoseksual
4.      Interseksual atau Khunsa
5.      Biseksual
6.      Transvetive
7.      Lesbian
8.      Gay

Keenam enam jenis kecelaruan gender inilah yang akan dibincangkan dalam lampiran yang seterusnya mengenai definisi, faktor dan kesan kepada pelbagai pihak.

TRANSEKSUALISME
Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.Kecelaruan gender ini terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang perempuan.Golongan digelar sebagai pondan dan beberapa istilah lain.Manakala golongan individu yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar sebagai pengkid.
NORAZIZAH MOHD AWAL (2005) Merumuskan transeksual ialah lelaki atau Merumuskan transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai perempuan yang berkeinginan memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari segi keinginan seksnya berkeinginan kepada segi keinginan seksnya berkeinginan kepada jantina yang berlawanan dengan jantinanya jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. Mengikut kajian Prof. Louis Gooren menurut kajian beliau bahawa kemungkinan berlaku fenomena transeksualisme bagi seorang lelaki dalam setiap 15,000 dan seorang perempuan dalam setiap 35,000 orang perempuan. Ini bermakna kemungkinan lelaki berlakunya transeksualisme adalah lebih ramai berbanding wanita. Kajian ini dipetik dalam Majalah MASSA Ogos 2003.
Manifestasi dari wujudnya fenomena ini dalam diri seseorang akan mengakibatkan proses pengenalan diri bercelaru dalam mengenal pasti jantinanya. Individu terbabit merasakan dirinya berbeza dengan kehendak hatinya. Wujud perasaan serba salah apabila dia bergaul dengan rakan berlainan jantina, namun secara sembunyi mereka cuba untuk membentuk identiti seperti berpakaian, bertingkah laku dengan golongan yang berlawanan dengan dirinya.
Pengenalan tentang diri ini akan menjadi lebih kompleks terutama apabila tumbesaran dirinya semakin meningkat. Ketika mana pembentukan tumbesaran alat kelamin berkembang, ia menjadi sebagai suatu tekanan dalam dirinya kerana berlawanan dengan kehendak naluri yang sebenar. Dalam erti kata lain, dia mahu tumbesaran badannya sebagai perempuan sesuai dengan keinginan nalurinya yang berjiwa perempuan.
Mengikut Dr. Ismail lagi sebilangan besar individu yang termasuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan tentang diri mereka dari aspek identiti seksual. Sebagai langkah awal golongan ini perlu diberi bimbingan, atau kalau perlu diberi hormon kelelakian atau keperempuanan supaya perasaan mereka lebih nyata terhadap wujud kendiri.

LELAKI LEMBUT / PONDAN

Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita (Wan Halim Othman: 1987).

Definisi
Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita.Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual"
Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke Malaysia dengan dapat disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004).
Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina.Seseorang itu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.
Seseorang itu akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya secara tersembunyi, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.
Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka.Sebagai contoh, mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.

·         CIRI-CIRI PONDAN
Seseorang lelaki itu boleh diklasifikasikan sebagai pondan berdasarkan 3 ciri umum tersebut iaitu kelakuan,kegiatan dan cara berpakaian.
Berdasarkan ciri pertama iaitu kelakuan, seeorang lelaki itu percakapannya akan menjadi lemah lembut seperti perempuan.Dia juga akan menjadi terlalu sensitif. selain itu lelaki seperti juaga kerap ke tandas untuk menambahkan mekap dia cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit.
Seterusnya ciri yang kedua iaitu kegiatan golongan ini.Golongan ini akan bergerak dalam kumpulan yang sama.Selain itu golongan ini juga berkawan rapat dengan perempuan.
Ciri terakhir ialah cara berpakaian golongan ini.Mereka gemar untuk mengunakan pakaian yang menampakkan ciri keperempuanan dan suka bersolek.Ada juga dalam kalangan mereka mengunakan pakaian wanita dan pakaian dalaman wanita.


Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan
Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan ini.Faktor pertama ialah pengaruh media.Hal ini kerana, industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak pondan sehingga diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat.Oleh itu,ramai masyarakat yang berpewatakan lembut berani mencuba menjadi pondan.
Faktor kedua ialah kurang didikan agama.Agama teruatama nya islam telah melarang sekeras-kerasnya akan gejala yang menukar jantina seperti ini.Seseorang itu dianggap tidak bersyukur di atas ciptaan Maha Pencipta iaitu Allah swt.
Faktor seterusnya ialah faktor biologi .Kemungkinan seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan.Oleh itu,perwatakan perempuan akan lebih menonjol dalam diri individu itu daripada perwatakan lelaki.
Faktor berikut telah menjadi kebiasaan didengar iaitu pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan faktor yang paling senang menyumbang akan gejala ini.Seseorang individu itu akan mengikut rakan nya perperlakuan seperti wanita.Rakan sebaya juga merupakan kumpulan yang paling rapat dengan individu itu selepas keluarga individu sendiri.Oleh itu,seseoarang individu itu akan mudah mempercaya akan kata-kata dan ajakan rakannya.
Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gejala pondan ini ialah tekanan sosial dan naluri yang berbeza dengan fizikal.

HOMOSEKSUAL
Homoseksual ialah golongan lelaki tulen yang seronok dan malah amat berbangga dengan anggota sulitnya. Keterampilan mereka adalah nyata sebagai seorang lelaki. Golongan ini tertarik dan berminat melakukan hubungan seks sejenis iaitu dengan golongan lelaki sahaja. Kalau adapun melakukan seks dengan perempuan, ia hanya paksaan pada diri, dan kalaupun berkahwin, ketika mereka melakukan hubungan seks mereka membayangkan bersama lelaki. Lahirnya fenomena ini bukan disebabkan kecacatan otak atau faktor biologi malah mereka lebih cenderung mengikut naluri, atau lebih tepat mengikut nafsu jahat bujukan syaitan. Kebejatan ini disebut oleh Allah dalam al-Quran yang menceritakan kisah kaum nabi Lut, hingga akhirnya Allah membinasakan mereka sebagai suatu pengajaran kepada umat manusia.




INTERSEKSUAL ATAU KHUNSA
Golongan ini dijelaskan dalam mengenai kejadian manusia pada bahagian kajian literatur. Secara ringkasnya mereka mempunyai dua alat kelamin. Khunsa dibahagikan kepada dua jenis; khunsa tidak nyata iaitu seseorang yang ada dua kemaluan tetapi tidak jelas anggota kemaluan lelaki atau perempuan, walaupun sebenarnya dia seorang lelaki.
Yang kedua ialah khunsa nyata iaitu seseorang yang memiliki dua anggota kemaluan yang nyata. Jenis khunsa seseorang, ditentukan oleh doktor, dan lazimnya kejadian khunsa dihubungkan dengan faktor baka dan keturunan.Situasi kekeliruan inlah sebenarnya yang menjadi faktor kepada kecelaruan gender kerana mereka sendiri tidak tahu dia lelaki atau perempuan.

BISEKSUAL
Golongan ini lebih terbuka mindanya dan boleh mengubah orientasi seksualnya terhadap lelaki mahupun perempuan. Dalam masyarakat ia amat sukar dikenali dan sebahagian besar mereka berstatus suami atau isteri. Mereka ini memiliki  dua jenis nafsu iaitu kepada lelaki mahupun perempuan. Mereka tidak kira lelaki atau perempuan kerana mereka akan mangadakan hubungan seks tidak kira status jantina pasangannya. Mereka boleh menukar orientasi seksualnya bila-bila masa sahaja sehinggakan masyarakat tidak dapat mengesan golongan ini.

TRANSVETITE
Mereka adalah golongan lelaki normal tetapi kadang-kadang suka memakai pakaian perempuan pada waktu-waktu tertentu. Mereka ini juga dikenali dalam bahasa kasar ibarat menyamar contoh pada waktu siang jadi lelaki tetapi pada waktu malam jadi wanita. Kes-kes sebigini banyak didapati di Barat dan bandar-bandar besar. Ada  juga sesetengah antara mereka yang adalah golongan wanita yang berubah manjadi lelaki pada masa tertentu, dalam bahasa pasar ia dikenali sebagai Pengkid atau Lesbian

PENGKID ATAU LESBIAN
Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri- ciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’..
GAY
Kata adjektif gay dalam Bahasa Inggeris biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang sebagai istilah kepada homoseksual. Dalam penggunaan awal, perkataan ini bermaksud "ceria", "gembira", atau "terang", namun kini penggunaan sebegini tidak lagi biasa. Kadangkala Gay juga merujuk kepada persamaan antara orang homoseksual. Perkataan gay kadangkala digunakan untuk merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam "perkahwinan gay", walaupun penggunaan ini tidak digalakkan oleh sesetengah penyokong sebab asasnya adalah kerana penggunaan ini tidak termasuk orang yang biseksual dan yang transjantina tetapi juga lesbian yang kebanyakan mereka menolak tanda yang menjadikan mereka sebagai subset lelaki, dan juga lelaki gay. Sementara gay dipakai dalam sesetengah konteks kepada kesemua homosexual, istilah lesbian adalah khusus jantina: ia digunakan khusus bagi mengambarkan wanita gay. Kadang-kala gay digunakan hanya merujuk kepada lelaki homosexual.

  

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecelaruan gender
1.      Faktor Kromosom

Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin terdapat kekeliruan dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan terdapat segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki. Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita, golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan. Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri.

2.      Faktor Persekitaran

Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budayapengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia, menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki bernama Ruben menjadi tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan masyarakat. Penyuburan budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah kerana mengubah kejadian fitrah diri manusia.

3.      Faktor Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja. Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki, maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza.

4.      Faktor Masyarakat

Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti . Masyarakat hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang berperilaku aneh.



KESIMPULAN

Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.

Wasiat Seorang Penakluk









‘Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda  tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ayahanda ditakdirkan. Tambahan lagi pemergian ayahanda sudah ada panggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama islam sebab itulah kewajipan raja-raja islam. Utamakan kepentingan agama melebihi lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan urusan  agama. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa  besar dalam jawatan penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu kearah itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali dibenarkan syaraak.
Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatlah ulama. Jangan sekali-kali mengusir mereka dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda  dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian Allah kurniakan kepada Ayahanda nikmatnya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros mambelanjakan harta kerajaan dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun  gunakan lebih daripada sepatutnya sebab itu akan membawa kepada kehancuran kerajaanmu. Sesungguhnya kelemahan dirimu adalah kekuatan musuh-musuhmu……

Wasiat Sultan Muhammad Al Fateh….. kepada para penggantinya iaitu pemimpin generasi islam…




Saturday 28 July 2012

SUKAN OLIMPIK



“SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 SATU KONSPIRASI”



Upacara sukan terbesar dunia kembali lagi, setelah empat tahun menunggu akhirnya tiba di Kota London yang menjadi tuan rumah dalam temasya sukan terbesar dunia ini selepas Olimpik Baejing 2008. Upacara yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, dengan penuh warna-warni dan  keajaiban.

Namun begitu timbul kemusykilan kenapa sukan ini dianjurkan dalam bulan puasa? tidakkah mereka tahu bahawa ada peserta yang beragama islam. Tambahan pula kenapa ia dianjurkan pada 2012 sama seperti filem kiamat 2012, kenapa maskot Olimpik London ni mata satu? kenapa bentuk stadium pada bumbungnya terdapat Piramid Illuminaty?, kenapa terdapat ejaan ZION pada logo kemegahan sukan dunia ini? dan kenapa Olimpik London ini terdapat dalam kad permainan Combine Disaster. Banyaknya persoalan adakah ini hanya satu kebetulan tetapi takkan banyak sangat kebetulan dalam satu-satu masa pada tempat yang sama. 

Berbalik kepada persoalan keperihal ejaan ZION, ZION ini bermaksud pertubuhan zionis antarabangsa, apabila sebut sahaja ZION pasti minda pembaca terarah kepada Israel dan Yahudi. Walhal yang menjadi hos kepada sukan ini adalah England bukannya Israel tetapi kenapa terdapat lembang Israel ini di London. Nampak sangat bahawa sukan ini dibiayai penuh oleh Golongan Yahudi dan Zionis dan situasi ini sama juga dengan Piala Dunia serta UERO yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Israel Coco-Cola.



MASKOT MANDEVILLE DAN WENLOCK

Sekali imbas seperti kartun Monster tetapi Dajjal bermata satu. Tambahan pula atas kepala WENLOCK terdapat bentuk Piramid Illuminaty.


MENARA JAM BIG BANG DAN KAD COMBINE DISASTER

Perhatikan betul-betul salah satu kad permainan illuminati combine disaster yang dikeluarkan pada tahun 1995, kad ini pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu kerana salah satu kadnya menggambarkan mengenai peristiwa runtuhan WTC dan pengeboman di Pentagon. kini terdapat pula di Olimpik London kerana terdapat gambar jam big bang yang runtuh menghempap manusia. Manusia itu melambangkan warna logo rasmi sukan Olimpik iaitu  biru, merah, hitam, hijau dan kuning. Tambahan pula lagu tema sukan ini bertajuk "London Calling" yang menggambarkan sesuatu peristiwa yang luar biasa dan dasyat akan berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang akan berlaku tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN SERANGAN WTC SEPTEMBER 2001
 SALAH SATU KAD DALAM COMBINE DISASTER 1995



Benarlah penglibatan mereka ini sering terdapat dalam setiap aktiti yang dianjurkan dunia, dan kerana mereka jugalah yang tercetusnya semua pergolakan diseluruh  dunia terutama bagi Negara-negara islam. Hal ini kerana matlamat mereka hanyalah satu iaitu mewujudkan Novus Orde Secrolum (Pemerintahan dunia baru)


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali setuju dan suka kepadamu sehingga engkau menuruti agama mereka" Al Baqarah 120.


Wassalam....










  

Thursday 7 June 2012

PENGARUH CHARLES DARWIN



Siapa tidak kenal dengan nama Charles Darwin, bagi mana-mana pelajar sekolah menengah aliran Sains cukup sinonim dengan mereka. Beliaulah bapa kepada teori evousi manusia yang merupakan pelopor kepada teori manusia berasal daripada beruk.
Kesan kepada teori ini cukup besar kepada manusia sebenarnya, jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa perang dunia pertama dan kedua adalah berpunca dari teori ini,dan bukannya berpunca daripada pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary dan isterinya di Sarajevo Bosnia. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku secara kebetulan tetapi diambil oleh sejarawan semata-mata dijadikan alasan bagi menutup teori Darwin ini.



Sebenarnya, peristiwa ini bermula apabila ramai dalam kalangan pemimpin utama Negara yang berperang terpegaruh dengan dakyah Teori Darwin. Teori Darwin yang menampilkan konsep “siapa yang kuat mereka yang berkuasa”. Dengan cara inilah mereka terpengaruh disebabkan mereka ingin mengekalkan kuasa tanpa diganggugugat oleh orang lain.
Kebetulan pada Abad ke 19 dalam tahun 1910, ini berlaku krisis kewangan dan bencana alam yang serius menyebabkan berlakunya krisis kelaparan, rusuhan dan jenayah dimana-mana negara didunia. Disebabkan terpengaruh oleh dakyah Darwin, maka muncul stigma dalam minda para pemimpin di beberapa negara Eropah untuk menakluk negara jiran mereka yang dianggap lemah semata-mata bagi menakluk sumber asli dan sumber makanan hanya untuk elak krisis makanan. Jika sekali imbas senario ini tiada bezanya dengan kera dihutan yang berperang sesama sendiri bagi mandapatkan sumber makanan yang terhad.
Teori Charles Darwin juga menampilkan soal manusia, manusia separa haiwan dan haiwan. Para pemimpin perang menganggap bahawa mereka adalah manusia, manakala golongan yang selain mereka adalah beruk atau separa beruk. Maka terjadilah peristiwa penjelajahan dan penerokaan golongan yang mengaggap mereka kuat dan berhak memerintah dunia ini ke benua Afrika dan Asia. Maka terjadilah proses perhambaan orang kulit hitam terhadap orang kulit putih. Jadi tidak hairanlah bahawa di Eropah kini masih wujud sifat rasis sesama sendiri antara golongan kulit putih dan golongan kulit hitam, sebagai contoh dalam pertandingan bolasepak EPL muncul perbalahan antara pemain bola sepak seperti pada tahun 2012, Luis Suarez (Liverpool) dengan Patrick Evra (Man U), manakala dalam kes lain iaitu antara John Terry (Chelsea) dengan Anton Ferdinand (QPR)  tetapi rasis hari ini tidak setebal dahulu kerana telah diperjuangkan oleh Martin Luther King J.R dan Nelson Mandela dalam isu Anti Apartied, sehinggakan Presiden Amerika hari ini pun adalah salasilah Orang Negro Iaitu Presiden Barrack Obama.
                                                                 
Sebelum perjuangan  pembebasan puak kulit hitam dicetuskan orang kulit hitam dihina sehinanya sehinggakan ada antara banduan kulit hitam diarah menjadi sarkis dalam pertunjukan sarkas, peristiwa ini tidak berlaku dengan meluas di kota London tetapi peristiwa ini
ditutup oleh kerajaan bagi menjaga sensitiviti kaum.
Radovan Karadzik, dan Ratco Mladix adalah antara pemimpin yang dua pemimpin tentera yang paling bertanggungjawab dalam  menyebabkan ribuan orang muslim terbunuh dalam perang Bosnia, mereka berdua kini dihukum oleh Tribunal Jenayah Perang Dunia(ICC) atas tuduhan kesalahan jenayah perang.  Setelah dikaji  mereka berdua turut terpengaruh dengan hasil tulisan Darwin, sama juga ceritanya dengan Khamer Rouge yang melakukan jenayah perang terhadap rakyat sendiri semasa perang Myanmar bersama tentera Junta.
Namu begitu kita bersyukur kerana konflik serius ini tidak pernah berlaku di tanah air kita Malaysia.....

                                                                                                           I love Malaysia,,,,,,,.


Friday 18 May 2012

RAHSIA BANGSA BERJAYA

Bangsa Melayu cukup terkenal dengan sifat mereka yang sopan-santun dan berbudi bahasa, hal ini terjadi disebabkan faktor warisan orang tua-tua yang cukup mementingkan sifat luhur ini. Bangsa Melayu juga cukup terkenal dengan sifat pemalu dan tidak banyak cakap oleh orang asing, sebagaimana yang tercatat dalam kitab penggambaraan Alfonso De Albuqarque."Semananjung Emas Tanah Melayu"Namun begitu, disebalik sifat luhur ini adakah bangsa Melayu pernah dikatogorikan sebagai bangsa yang maju sebagaimana bangsa Jepun, Cina, Inggeris, dan Israel? ataupun pernah memiliki empayar kerajaan yang luas seperti Arab, India dan Monggol? jawapannya cukup mudah TIDAK PERNAH. Tiada satupun dalam lipatan sejarah yang menunjukkan bangsa melayu ini pernah memiliki empayar kerajaan yang luas, yang ada hanyalah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, itupun menguasai perairan Asia Tenggara sahaja dan tidak seperti bangsa lain yang pernah menakluk separuh dunia.
Hari ini, setelah bangsa Melayu menelusuri sejarah yang panjang adakah kaum melayu ini sedar dan ada keinginan untuk menjadi bangsa yang maju serta dihormati? Jawapannya juga TIDAK. Inilah sebenarnya masalah besar kaum Melayu mereka terlalu hidup dalam zon selesa padahal hasil bumi sendiri dijarah orang! hal ini cukup membimbangkan para cendikiawan Melayu dan para pemimpin Melayu sebagaimana Za'ba pernah menulisbeberapa buah puisi mengenai kekesalan beliau akan bangsa Melayu ini yang lemah dalam segenap aspek. Tun Dr Mahathir Mohamad juga melahirkan kekesalan beliau dan mengkritik sikap orang Melayu dalam bukunya Dilema Melayu yang dianggap Buku yang penuh kontroversi suatu ketika dahulu.
Sudah banyak sebenarnya usaha kerajaan membantu kaum Melayu ini daripada terus ketinggalan dalam penguasaan ekonomi pendidikan dan taraf kesihatan orang Melayu. Sebagaimana DEB, MEB, MARA, FELDA ,UITM dan sebagainya cukup sinonim dengan orang melayu, pelbagai bantuan disalurkan bermula dari bantuan modal dan kepakaran kepada usahawan Bumiputera,  pemberian biasiswa kepada anak-anak Melayu yang pintar dalam pelajaran serta pemberian rumah kos rendah bagi keluarga Melayu yang tidak berkemampuan. Namun begitu adakah dengan pemberian insentif ini telah memajukan melayu, jawabnya juga TIDAK. Yang jadinya bangsa melayu terus lemah dari generasi ke generasi kerana sentiasa mendapat bantuan kerajaan berupa subsidi dan biasiswa. Timbul persoalan adakah kejayaan atau kegagalan sebenarnya berasal dari keturunan???
Menurut Arnold Tonybee, kejayaan sesebuah peradaban bukan bermula dari keturunan tetapi bermula dari bagaimana sesebuah bangsa itu mampu unytuk mencari ikhtiar bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatangyang akhirnya membuahkan hasil yang gemilang. Orang Melayu sebenarnya perlu mengubah mentaliti dan cara berfikir mereka yang sering menyekat kemajuan mereka. Sebagai contoh adakah seseorang Melayu itu sanggup bekerja lebih masa bagi menambah reeki hariannya? adakah ibubapa sanggup meghabiskan harta semata-mata memberikan pelajaran kepada anak-anak? adakah golongan atasan Melayu sanggup membantu bangsa sendiri dengan memberi bantuan untuk sama-sama berjaya seperti mereka?
Nilai kesungguhan perlu ada dalam jwa orang melayu sekiranya inginkan kehidupan yang lebih baik, sebagai contoh seorang ahli politik begitu komited dalam mengembangkan kerjaya politiknya dengan menambah ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam ilmu politik tetapi juga ilmu lain samada Psikologi, Agama, ekonomi, undang-undang dan kemahiran berpidato. Hal ini kerana ilmu adalah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang mencari, sesiapa yang lebih berilmu bersiaplah menjadi raja. Sebagaimana masyarakat barat dizaman Renaisense berjaya menukar zaman gelap kepada zaman yang penuh kemodenan atas usaha dan sikap bersungguh-sungguh mereka dalam mengaplikasikan yang dipelajari daripada ilmu sarjana islam.
Selain itu untuk mncapai kemajuan bangsa Melayu mestilah menggunakan segala kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri orang melayu. Seperti sifat jujur dalam perniagaan, berani mengambil risiko dan tidak cepat putus asa. Sebagaimana diketahui Negara Jepun telah kalah dalam Perang Dunia II ekoran pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Namun begitu mereka berjaya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka iaitu sifat rajin bagi membina kembali Negara mereka yang musnah, hasilnya hari ini mereka menjadi negara kuasa ekonomi selepas Amerika sehinggakan dikatakan setiap negara didunia pasti ada barangan buatan Jepun, biarpun hanya sebesar skru.

 Hiroshima Selepas dibom


                                                              Hiroshima hari ini

Oleh itu bangsa melayu mestilah memaksimumkan kebolehan yang ada dalam diri orang Melayu, hapuskan sifat rendah diri dan pemikiran jumud, tambahkan pemikiran positif dan dinamis serta sanggup menghadapi cabaran kerana mereka yang tidak sanggup menghadapi cabaran akan tewas ditangan orang yang kuat.
  "Takkan Hilang Melayu Di Dunia"



Saturday 12 May 2012

MENGAPA BANGSA YAHUDI KUASAI DUNIA???



"Aku boleh bunuh kesemua kaum yahudi ini ketika aku berkuasa, tetapi aku tinggalkan segelintir antara mereka agar engkau kenal siapakah mereka yang sebenarnya,dan cari sebab kenapa aku bunuh mereka" (Adolph Hitler)

Sejak beribu tahun lamaya Bangsa Yahudi merupakan bangsa pelarian diatas muka bumi ini, bermula sejak Zaman Nabi Musa A.S kaum Yahudi ini melarikan diri daripada ancaman Firaun, namun begitu Allah masih sayangkan kaum Yahudi ini dengan memberikan kesenangan hidup kepada mereka ketika zaman Nabi Sulaiman A.S. Namun begitu mereka kembali dipinggirkan oleh kuasa-kuasa kuat selepas itu seperti ancaman bangsa Gothik, Bangsa Mesopotamia dan Yunani, sehinggakan beberapa kali Jurusalem dibakar. Nabi Muhammad juga pernah mengusir penduduk Yahudi dari Kota Madinah atas kesalahan mereka sering menyokong pihak Quraisy dan selalu membuat onar di Madinah seperti merompak Kafilah dan pedagang yang hendak ke Madinah. Pada eramoden pula mereka ditimpa pula dengan peristiwa Holocaust iaitu pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi.


                                                                   Holocaust

 Sejarah bangsa mereka terus diselubungi kisah penindasan dan pengusiran sehinggakan menjadikan mereka ini sudah lali akan tekanan dan kekejaman. Hal ini terjadi kerana adalah berpunca dari sikap Bangsa Yahudi itu sendiri iaitu sombong, angkuh, biadap, penipu, memungkiri janji dan banyak lagi sikap kotor terhadap bangsa lain termasuklah mereka menggelarkan orang yang bukan Yahudi adalah makhluk setaraf Binatang yakni "goyim". Begitulah secara ringkas sejarah yang penuh berliku Bangsa Yahudi ini, biarpun bangsa mereka diancam dalam segenap aspek namun kaum Yahudi tetap wujud sebagaimana hari ini dan tidak seperti Bangsa-bangsa lain seperti Bangsa Maya dan Bangsa Aztek yang telah pupus dari sejarah dunia.

 Namun begitu ada beberapa perkara baik yang boleh dijadikan tauladan kepada kita sebagaimana orang yahudi cukup terkenal dengan tahap kepintaran mereka, kesihatan yang baik dan amalan ritual orang Yahudi.

Di sini penulis cuba untuk kongsikan bersama pembaca sekalian berkenaan perihal bangsa yahudi. Dimana disebalik kejahatan, keangkuhan dan kerakusan bangsa yahudi ini terdapat sesuatu yang baik untuk diteladani oleh kita umat islam.
  1. Bangsa Yahudi adalah sebuah bangsa yang cukup mementingkan soal kesihatan dalam pemakanan sebagai contoh sebelum mereka memulakan memakan makanan yang berat mereka akan dahulukan memakan buah terlabih dahulu, berbeza dengan kita orang melayu yang gemar memakan buah selepas makan kononnya ingin mencuci mulut, sebenarnya kajian sains telah membuktikan bahawa memakan buah selepas makan akan menyebabkan rasa mengantuk dan malas. 
  2. Dalam soal meminum air pula orang yahudi akan meminum air kopi pada waktu pagi dan susu pada waktu malam, hal ini karana kopi menghilangkan rasa mengantuk pada waktu pagi manakala susu menambah nyenyak tidur pada waktu malam. Berbeza pula dengan orang Melayu siang hari minum susu dan malamnya minum kopi kononnya susu dapat tambah kalsium pada badan dan kopi untuk berjaga malam.
  3. Bangsa Yahudi cukup mementingkan soal pendidikan, bermula dari hari pertama persekolahan sehingga ke IPT, anak-anak Yahudi sentiasa mendapat dorongan dan bantuan daripada masyarakat Yahudi terutama tokoh-tokoh korporat Yahudi. Sifat dermawan Bangsa Yahudi ini teramat perlu umat islam contohi bagi menjamin tiada anakanak mereka yang keciciran dalam soal pelajaran.. Tahukah anda bahawa kanak-kanak yahudi yang berusia 7 tahun sudah mampu menguasai 3 bahasa iaitu Hebrew, English dan Arab, malah mampu menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan teori algebra. Menurut dalam Kitab Talmud ada manceritakan kisah bahawa salah satu faktor kejatuhan Jurusalem suatu ketika dahulu adalah berpunca daripada anak-anak Yahudi mula melupakan soal pendidikan.
  4. Cita-cita bangsa Yahudi yang tinggi juga manjadi faktor kepada penguasaan mereka dalam segenap aspek. Mereka terkenal dengan sikap tidak mudah berputus asa dan tidak cepat berpuas hati dengan apa yang ada.. Tambahan pula mereka menganggap mereka adalah Bangsa Pilihan Tuhan bagi memakmurkan alam semesta, sudah tentu mereka akan berasa malu dihadapan tuhan sekiranya mereka bodoh dan miskin. sebagaimana pepatah Yahudi pernah menyebut "Umat Yahudi yang tiada wang dan miskin sudah pasti nampak telanjang dihadapan musuh-musuh Yahudi"
  5. Orang yahudi cukup anti pada rokok kerana rokok mengandungi Nikotin yang mampu mematikan sel-sel saraf dalam otak, akibatnya menjadi kurang cerdik. Dengan ini siperokok akan melahirkan generasi-generasi yang 'bodoh'. dalam keturunan mereka. cuba teka siapakan pemilik Syarikat rokok dunia seperti DUNHILL. Siapa lagi kalau bukan YAHUDI dan 90% syarikat rokok dikuasaimereka.                
"bendera kebangsaan Israel".........

TAFSIRAN KEJAYAAN MANUSIA



Apakah sebenarnya kejayaan yang diimpikan oleh semua manusia? Adakah dengan memiliki pendidikan setaraf PhD boleh dinobatkan sudah mencapai kejayaan? Adakah dengan memiliki kekayaan setaraf Firaun boleh diiktifar sebagai sebuah kejayaan? Ataupun dengan memiliki jawatan dan kerjaya yang tinggi boleh diiktiraf sebagai sebuah kejayaan?

Sebenarnya sidang pembaca sekalian, kejayaan dan kekayaan sebenarnya ialah sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada, dan orang yang merasa tidak pernah cukup sebenarnya sebenar-benar miskin.