Friday 13 November 2015

Harakiri Moden

Harakiri atau Seppuku ini membawa maksud membunuh diri secara terhormat yang dilakukan oleh para Samurai tatkala apabila mereka kalah dalam pertempuran atau kegagalan menjalankan sesebuah kewajipan. Bagi mereka tiada guna lagi hidup apabila hilang sebuah kehormatan dalam diri. Budaya ini cukup popular pada zaman Edo sehingga Meiji. Bentuk pelaksanaan Harakiri ini adalah dengan menggunakan pedang Samurai dan ditusukkan diperut atau jantung lalu dibelah kekanan dan kekiri serta mengeluarkan usus. Bunyinya ngeri namun begitulah bentuk ritualnya. Bagi mereka Kehormatan adalah segala-galanya daripada hidup dalam maruah yang dinodai.

Namun harakiri ini turut diamalkan sebagai tanda cinta akan tanah air, seperti mana tentera jepun yang sanggup membunuh diri apabila kalah perang. Pernah juga dalam pembaca menonton filem Pearl Harbour bagaimana tentera udara Jepun melanggar kapal tentera Amerika di perairan Pearl Harbour semata-mata ingin memastikan musuh tewas tatkala mereka juga turut tekorban sama. Semasa kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, banyak laporan menunjukkan ramai tentera Jepun yang melakukan Harakiri apabila mendapat tahu yang mereka tewas dalam Perang Dunia terbabit. Dalam pendirian mereka, lebih baik mati daripada melihat kekalahan didepan mata.

Bagi masyarakat Jepun Moden, kita dapat melihat bagaimana budaya Harakiri ini masih berlaku namun caranya berbeza, misal contoh apabila Negara Jepun mengalami masalah ekonomi maka Menteri Ekonomi mereka akan meletak jawatan secara terhormat sebagai tanda kegagalan dalam melaksanakan tugas. Seorang eksekutif syarikat akan meletak jawatan jika prestasi syarikat merundum. Dan, seseorang kakitangan kerajaan akan meletak jawatan sekiranya mereka pernah melakukan kesalahan seperti menerima rasuah atau sebagainya. Ini sebagai tanda yang mereka bertanggungjawab atas apa perkara yang berlaku.

Disebabkan itulah jika kita lihat realiti dunia Jepun hari ini, bagaimanakah keadaan mereka? Pencapaian ekonomi yang makmur, kemajuan teknologi dan inovasi yang cemerlang, tahap IQ yang tinggi dan budaya kerja yang cukup dikagumi. Kesemua ini adalah berpunca daripada sikap mereka yang mengutamakan kejayaan, kerana jika mereka gagal maka jatuhlah maruah dan airmuka mereka. Begitulah kesimpulan yang mudah untuk difahami. Sememangnya harakiri ini jika dilihat secara sudut pandang yang positif ianya merupakan suatu alat atau kaedah untuk memotivasikan individu agar berusaha keras untuk mencapai matlamat yang diingini. Ianya juga merupakan suatu tanda kepada tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seseorang individu bagi mencapai matlamat yang diusahakan.

Tetapi konsep memotivasikan individu untuk berusaha keras ini bukan sahaja ada pada bangsa jepun malah terdapat juga kepada bangsa-bangsa lain seperti Yahudi dan Islam. Misal contoh, dalam kitab Talmud Yahudi ada menyatakan bahawa “Anak-Anak Yahudi yang miskin akan kelihatan telanjang didepan musuh-musuhnya”. Apakah mesejnya? Mesejnya adalah, sebagai sebuah saranan untuk orang-orang Yahudi mencari harta dan berjaya dalam segenap bidang yang diceburi mereka. Jika gagal maka ianya akan menjatuhkan maruah mereka yang beragama Yahudi sebagai Makhluk pilihan Tuhan.

Disebabkan itulah lahir dalam kalangan orang-orang Yahudi ini yang cemerlang dalam pelbagai bidang seperti Michel Dell (Dell Computers), Sergey Brin (Google), Steven Ballmer (Microsoft), Micheal Eisner (Walt Disney), Terry Semel (Yahoo,E-Bay). Dalam bidang sarjana pula seperti Albert Einstein, Thomas Khun, Emile Durkheim, Karl Marx dan Abraham Maslow.

Namun begitu, dalam agama islam turut mempunyai konsep motivasi sebagai memacu semangat umatnya untuk terus maju. Misal contoh konsep Jihad yang mana berusaha keras untuk mencapai keredhaan Allah. Namun begitu sayang sekali, umat islam sering meletakkan konsep Jihad ini dalam sudut yang sempit iaItu Jihad adalah perang. Sedangkan Jihad ini mencakupi bidang yang luas seperti Jihad Ekonomi, Jihad Pendidikan dan lain-lain. Disebabkan konsep Jihad inilah dalam sejarah pernah tercatat tamadun Islam menguasai 2/3 dunia serta pelopor kepada ilmu dunia.

Abdullah bin Rawahah sahabat nabi pernah melafazkan kata-kata iaitu berperang mencapai kemenangan atau mati dalam terhormat. Selain itu Tariq bin Ziyad pernah menyebut didepan kamu adalah musuh manakala dibelakang kamu adalah laut, mana satu anda pilih? Ayat-ayat ini adalah berfungsi untuk dorongan serta motivasi kepada tentera islam menentang musuh bagi mencapai kemenangan.

Persoalannya adakah kita cukup bermotivasi dengan ayat Al Quran yang menyebut " Kamu (Umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan perkaar yang salah. (Al Imran, Ayat 110).

PENGARUH CHARLES DARWIN




Siapa tidak kenal dengan nama Charles Darwin, bagi mana-mana pelajar sekolah menengah aliran Sains cukup sinonim dengan mereka. Beliaulah bapa kepada teori evousi manusia yang merupakan pelopor kepada teori manusia berasal daripada beruk.
Kesan kepada teori ini cukup besar kepada manusia sebenarnya, jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa perang dunia pertama dan kedua adalah berpunca dari teori ini,dan bukannya berpunca daripada pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary dan isterinya di Sarajevo Bosnia. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku secara kebetulan tetapi diambil oleh sejarawan semata-mata dijadikan alasan bagi menutup teori Darwin ini.
                           Description: http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4861980874834567&id=6e15d0777865b00ec7a05fe441bde662               Description: http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4813512161690609&id=727ce74be67c8b014a12de42f31a51d1
Sebenarnya, peristiwa ini bermula apabila ramai dalam kalangan pemimpin utama Negara yang berperang terpegaruh dengan dakyah Teori Darwin. Teori Darwin yang menampilkan konsep “siapa yang kuat mereka yang berkuasa”. Dengan cara inilah mereka terpengaruh disebabkan mereka ingin mengekalkan kuasa tanpa diganggugugat oleh orang lain.
Kebetulan pada Abad ke 19 dalam tahun 1910, ini berlaku krisis kewangan dan bencana alam yang serius menyebabkan berlakunya krisis kelaparan, rusuhan dan jenayah dimana-mana negara didunia. Disebabkan terpengaruh oleh dakyah Darwin, maka muncul stigma dalam minda para pemimpin di beberapa negara Eropah untuk menakluk negara jiran mereka yang dianggap lemah semata-mata bagi menakluk sumber asli dan sumber makanan hanya untuk elak krisis makanan. Jika sekali imbas senario ini tiada bezanya dengan kera dihutan yang berperang sesama sendiri bagi mandapatkan sumber makanan yang terhad.
Teori Charles Darwin juga menampilkan soal manusia, manusia separa haiwan dan haiwan. Para pemimpin perang menganggap bahawa mereka adalah manusia, manakala golongan yang selain mereka adalah beruk atau separa beruk. Maka terjadilah peristiwa penjelajahan dan penerokaan golongan yang mengaggap mereka kuat dan berhak memerintah dunia ini ke benua Afrika dan Asia. Maka terjadilah proses perhambaan orang kulit hitam terhadap orang kulit putih. Jadi tidak hairanlah bahawa di Eropah kini masih wujud sifat rasis sesama sendiri antara golongan kulit putih dan golongan kulit hitam, sebagai contoh dalam pertandingan bolasepak EPL muncul perbalahan antara pemain bola sepak seperti pada tahun 2012, Luis Suarez (Liverpool) dengan Patrick Evra (Man U), manakala dalam kes lain iaitu antara John Terry (Chelsea) dengan Anton Ferdinand (QPR)  tetapi rasis hari ini tidak setebal dahulu kerana telah diperjuangkan oleh Martin Luther King J.R dan Nelson Mandela dalam isu Anti Apartied, sehinggakan Presiden Amerika hari ini pun adalah salasilah Orang Negro Iaitu Presiden Barrack Obama.

Description: http://ts1.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4879143561069180&id=27901c4b64c5f7b6764e455047abe2ff                 Description: http://ts1.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4875222251340608&id=c09c81d2787c7f6ba44f406fa3dc6931

Description: http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4737366699214357&id=1879f456ad741509f84c88e71d007138                  Description: http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4984735311201515&id=ab5e166fa5948ff24cd2a2e1e9adb961                     Martin Luther King J.R                                                                      Nelson Mandela

Sebelum perjuangan pembebasan puak kulit hitam dicetuskan orang kulit hitam dihina sehinanya sehinggakan ada antara banduan kulit hitam diarah menjadi sarkis dalam pertunjukan sarkas, peristiwa ini tidak berlaku dengan meluas di kota London tetapi peristiwa ini ditutup oleh kerajaan bagi menjaga sensitiviti kaum.
Radovan Karadzik, dan Ratco Mladix adalah antara pemimpin yang dua pemimpin tentera yang paling bertanggungjawab dalam  menyebabkan ribuan orang muslim terbunuh dalam perang Bosnia, mereka berdua kini dihukum oleh Tribunal Jenayah Perang Dunia(ICC) atas tuduhan kesalahan jenayah perang.  Setelah dikaji  mereka berdua turut terpengaruh dengan hasil tulisan Darwin, sama juga ceritanya dengan Khamer Rouge yang melakukan jenayah perang terhadap rakyat sendiri semasa perang Myanmar bersama tentera Junta.


Namu begitu kita bersyukur kerana konflik serius ini tidak berlaku di tanah air kita Malaysia.....

Formula Bangsa Berjaya


Bangsa Melayu merupakan antara bangsa yang begitu mempercayai metafizik dan mementingkan sifat lemah-lembut, sopan-santun dan hormat-menghormati. Hal ini kerana orang-orang tua dahulu begitu mementingkan sifat luhur ini. Namun begitu, adakah dengan adanya sifat murni ini maka bangsa melayu pernah dinobatkan sebagai bangsa yang maju? Sebagaimana yang dikecapi oleh bangsa Jepun, Inggeris, Israel? Pernahkan dalam sejarah bangsa Melayu menunjangi dunia? Sebagaimana bangsa Jepun yang menguasai empayar Jepun di Asia Timur ketika Perang Dunia Kedua, bangsa Turki yang menguasai 2/3 dunia dalam sejarah Turki Uthmaniah, dan bangsa Inggeris yang pernah mengembara dan menjajah seluruh pelusuk dunia? Jawabnya adalah tidak pernah. Tiada satupun dalam lipatan sejarah yang mana bangsa Melayu pernah menguasai empayar yang luas, yang ada hanyalah setakat penguasaan di Asia Tenggara sahaja seperti kerajaan Melayu Melaka tidak seperti bangsa lain yang pernah menguasai separuh dunia.

Hari ini, setelah bangsa Melayu menelusuri sejarah yang panjang, pernah atau tidak bangsa Melayu teringin mahu menjadi bangsa yang berjaya dan dihormati? Jawabnya tidak, inilah masalah sebenarnya yang dirisaukan oleh golongan pemimpin dan cendekiawan melayu yang mana sehinggakan Tun Dr Mahathir mengkritik sikap orang melayu dalam bukunya Malay Dilemma suatu ketika dahulu sehinggakan mencetuskan kontroversi. Orang Melayu lebih gemar hidup selesa dalam bumi sendiri walhal hasil bumi dijarah orang. Sikap inilah yang akhirnya Za’ba menulis beberapa buah puisi menunjukkan kekesalan beliau terhadap sikap orang Melayu.

Sudah banyak sebenarnya dasar-dasar dan program ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekonomi Melayu, namun begitu adakah pembangunannya sepantas Negara Jepun? Sepertimana yang diketahui Jepun bangkit setelah buminya hangus oleh dibom oleh bom atom kurang daripada 50 tahun untuk berdiri sebagai negara penguasa ekonomi dunia hari ini. Mengapa Malaysia khususnya orang Melayu tidak boleh sepantas mereka?

Penyelesaiannya sebenar yang orang Melayu perlu lakukan adalah dengan mengubah mentaliti dan sikap yang sering menyekat kemajuan  mereka. Menurut Arnold Tonybee beliau pernah menyatakan bahawa kejayaan sesebuah peradaban bukanlah bermula daripada keturunan tetapi bermula dari sikap sesebuah bangsa yang berikhtiar bagi mencari potensi diri untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang sehinggakan membuahkan hasil yang gemilang. Misal contoh, adakah orang Melayu sanggup bekerja lebih masa bagi meningkatkan rezeki hariannya? Adakah orang melayu sanggup menghabiskan harta semata-mata untuk memberikan peluang pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka? Adakah golongan birokrat dan korporat Melayu sanggup menghabiskan harta untuk membantu bangsa sendiri agar turut berjaya seperti mereka. Seperti Donald Trump yang mendirikan Universiti Trump semata-mata bagi melahirkan ramai usahawan muda sehebat beliau. 

Nilai kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa perlu ada dalam diri Bangsa Melayu sekiranya inginkan kehidupan yang lebih baik. Misal contoh sebagai seorang ahli politik melayu yang ingin mengembangkan karier politiknya dengan perlu menambahkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang bukan sahaja dalam ilmu politik malah dalam bidang ilmu agama, sastera, ekonomi, undang-undang, psikologi, kemahiran negosiasi dan kemahiran berpidato. Senang untuk dijadikan contoh, pernahkan anda melihat gaya pidato Presiden Amerika Syarikat, bagaimana gaya pengucapan yang beliau gayakan mampu memukau rakyatnya. Bermula dari bahasa badan sehingga kepada seni pertuturan kesemuanya menggunakan seni yang hebat.

Selain itu, orang-orang melayu perlu menggunakan seluruh kekuatan yang ada dalam diri orang Melayu iaitu sikap pemalu, pemurah dan tidak banyak cakap. Disebabkan sifat-sifat inilah orang Melayu digelar sebagai bangsa yang mempunya banyak rahsia dan identiti tersendiri yang disenangi oleh bangsa-bangsa lain. Artikel ini ditulis berikutan kajian yang dilakukan oleh penulis semasa mengikuti pengajian tahun 3 di Universiti Malaysia Sabah, penulis ditugaskan untuk membuat sebuah thesis berkaitan status ekonomi bumiputera hari ini.