Oleh: Muhammad Al Fatihe B Mohd Ali
Hanafiah
Penyertaan
Malaysia ke dalam Trans Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang disertai oleh
12 buah negara adalah langkah yang tepat. Ekonomi dunia begitu mencabar yang
menuntut sesebuah negara mementingkan kecekapan dan jaringan kerjasama dalam
ekonomi. Transformasi ekonomi perlu dilakukan dengan memperbanyakkan kerjasama
ekonomi yang berbentuk multinational.
Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata
“Malaysia harus berusaha mempelbagaikan lagi hubungan perdagangan dengan
negara-negara lain kerana pergantungan kepada satu atau dua negara akan membawa
risiko yang tinggi”(The Rakyat Post Ruangan Bisnes, 13 November 2015)
Kerajaan
kini berusaha mencari resolusi terbaik bagi memantapkan ekonomi negara. Jika
tersilap langkah ianya boleh menjurus kearah krisis. Disebabkan itu, isu
penyertaan Malaysia kedalam TPPA ini menjadi panas kerana ianya dibayangi oleh pelbagai
spekulasi yang menyatakan bahawa dengan penyertaan ini akan ada kerugian.
Disebabkan spekulasi negatif inilah menyebabkan kebaikan TPPA ini dipandang
sepi.
Penyertaan
kedalam TPPA akan memberikan impak yang positif kepada negara. Perjanjian ini mampu
memperoleh pelbagai faedah, pertama mampu meningkatkan eksport dan peluang
pekerjaan terutama sektor swasta. Kedua akses pasaran semakin meluas kerana
jumlah penduduk dari 12 buah negara adalah seramai 793 juta orang penduduk.
Seterusnya
yang ketiga, mampu meningkatkan taraf hidup pekerja dengan penyelarasan
standard undang-undang buruh seperti ketetapan gaji minimum dan penjagaan alam
sekitar. Keempat, 2000 sehingga 4000 tarif akan dimansuhkan terutama industri
yang berkaitan dengan elektronik, produk kayu, tekstil dan minyak sawit. Dan kelima,
menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang menginginkan input yang
lebih murah bagi kegunaan industri.
Tambahan
pula, jumlah dagangan antara 12 buah negara ini adalah merangkumi 40% jumlah keluaran KDNK dunia yang bernilai
AS$107.5 trilion bersamaan RM 470 trilion. Dengan jumlah dagangan yang besar
dan faedah-faedah yang terdapat dalam TPPA ianya cukup menguntungkan Malaysia.
Langkah
ini selari dengan keinginan Malaysia untuk menjadi negara maju pada 2020 iaitu
mewujudkan negara berpendapatan tinggi dan masyarakat yang sejahtera.
Perjanjian
ini disokong oleh Pengarah Serantau bagi Asia Tenggara The World Bank Group, Dr
Ulrich Zachau, yang menyatakan bahawa “Pelaksanaan
perjanjian perdagangan itu akan membawa masuk lebih banyak pelaburan,
perdagangan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik dari segi
kualiti”.(B.Harian Ruangan Bisnes, 4 Disember 2015)
Besar
keuntungan yang akan dimiliki Malaysia kerana negara kita adalah antara
pengeluar utama dunia bagi industri
Minyak Petroleum, Minyak Kelapa Sawit dan Industri Getah. Sekiranya Malaysia
tidak menyertai TPPA maka negara ini akan ketinggalan kepada negara-negara
jiran seperti Vietnam dan Singapura. Malaysia akan hilang kreadibiliti sebagai
negara pasaran bebas.
Kerana
pelabur asing akan lebih memilih negara-negara yang lebih kompetitif untuk
membuat pelaburan. Malaysia juga akan kehilangan pasaran kerana pasaran
Malaysia akan lebih gemar berdagang dengan negara yang mempunyai TPPA. Itulah
keburukan jika negara tidak menyertai TPPA.
Pada
hemat penulis, rakyat tidak perlu bimbang kerana pemimpin negara sudah
memikirkannya resolusi terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan seperti
yang diakui sendiri oleh Datuk Seri Mustapha Mohamed Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri berkata.“Sebagai
Menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya
untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita termasuk
kepentingan masyarakat Bumiputera dilindungi dan dipertahankan”. (B.Harian
Ruangan Bisnes, 29 Julai 2015)
Sekarang
ini, bergantung kepada rakyat Malaysia untuk lebih bersaing dan berani membuat
pelaburan diluar negara kerana sesunggguhnya begitu banyak peluang ekonomi yang
akan diperoleh daripada pasaran yang semakin meluas terutama bagi negara yang
tiada Free Trade Area (FTA) dengan Malaysia seperti Amerika, Kanada, Mexico dan
Peru.
Sudah
tiba masanya syarikat tempatan keluar daripada zon selesa untuk meningkatkan produktiviti
dan mula bersaing secara sihat. Kerana sumber yang produktif kita sebenarnya
cukup berpotensi untuk dipasarkan. Dengan harapan semakin banyak syarikat
tempatan melabur diluar negara bukan sahaja Petronas, Sime Darby dan Felda malah
perlu juga produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk dipasarkan.
Sesungguhnya
ekonomi dunia mempunyai pasang surut, namun yakinlah melalui penyertaan kedalam
TPPA ini ianya amat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia yang ingin menjadi
negara maju pada tahun 2020.
No comments:
Post a Comment