Saturday 22 December 2012

SULTAN MUHAMMAD AL FATEH (SIRI 1)





Kisah Hidup seorang pemimpin agung.......


Tanggal 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Maharaja Konstantin serta rakyat konstantinople, tidak dapat membayangkan bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki ditambah pula dengan pembinaan 4 batang parit yang panjang itu berjaya ditembusi oleh pasukan tentera Muhammad al-Fateh?


Sesuatu yang menakjubkan! tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapal dilengkapi meriam Urban masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera dan tamadun sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 buah kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas (Golden Horn). Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan! Patutlah pada malam sebelum kadatangan Sultan Al Fateh gambar Jesus yang dipaparkan di Aya Sophia terjatuh dan patung Jesus disambar petir. Para Rahib pada malam itu telah pun membuat ramalan bahawa akan datang malapetaka yang akan menimpa Konstantinople. Namun begitu, Maharaja Konstantin tidak percaya dengan menyatakan bahawa Konstantinople tidak akan jatuh selagi mana ada Bulan dan Bintang.


Namun begitu, siapakah pemimpin yang mengetuai armada perang yang besar ini? Timbul persoalan adakah beliau merupakan seorang ketua yang memiliki pengalaman perang selama berpuluh-puluh tahun? Jawapannya tidak! Yang pasti mengejutkan ialah beliau hanyalah seorang Sultan yang berusia 20 tahun.


Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh kepimpinan Khalifah Islamiah Uthmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 20 tahun. Peperangan yang hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.


Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.


Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnasia. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 20 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.


Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah Al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.


Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu dan dikuburkan di kaki benteng Konstantinople.


Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Namun begitu mereka gagal menjumpainya. Melalui hidayah yang Allah berikan Sultan Muhammad Al Fateh maka baginda  melakukan solat hajat bagi membuka pintu hatinya. Melalui izin Allah maka baginda dapat terbayang dimana terletaknya kubur sahabat Nabi tersebut. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.


Kerana mengikut sejarah dahulunya kubur Abu Ayub Al Ansari terletak di kaki benteng Constantinople, sebelum kematian beliau Abu Ayub telah berwasiat agar jenazahnya dikuburkan di kaki benteng Constantinople. Melalui harapannya beliau mahu mendengar derapan kaki kuda yang bakal menawan Constantinople. Amanat ini disempurnakan oleh Sultan Yazid bin Muawwiyah, dengan memerintahkan beberapa tentera islam untuk kuburkan jenazah aahabat Nabi tersebut. Ketika peristiwa pemakaman tersebut ia disaksikan oleh beberapa tentera Konstantin dan mereka melarang jenazah tersebut di tanam di konstantin, tetapi melalui rundingan antara tentera islam dengan tentera Konstantin membolehkan jenazah sahabat nabi itu ditanam di Kaki bentang  Constantinople. Dengan syarat tentera islam keluar dari Constantinople daripada mengepung kota tersebut. Sebelum tentera islam beredar seorang tentera islam telah memberi amaran kepada kerajaan Constantinople bahawa sekiranya mengganggu makam sahabat nabi ini maka tentera islam akan memastikan “loceng gereja Aya Sophia tidak akan berbunyi lagi”.  


Namun begitu timbul berita yang kubur sahabat nabi ini membawa berkat iaitu sesiapa sahaja yang terdapat penyakit boleh berdoa di kubur Abu Ayub dan kesannya pesakit tersebut akan sembuh serta merta. Sama juga situasinya kalau ingin menjadi kaya, mereka akan berdoa di kubur Abu Ayub maka mereka akan terus menjadi kaya. Berita ini diketahui oleh Maharaja Constantin, maka dengan rasa marah beliau memerintahkan agar kubur itu digali semula dan ditanam di dalam hutan tebal dan melarang semua rakyatnya daripada mendekati hutan tersebut. Ketika penggalian semula ini mereka terkejut  apabila mendapati yang jenazah sahabat ini masih elok seolah-olah baru ditanam. Padahal kubur itu telah ditanam kira-kira 10 tahun yang lalu. Timbul perasaan aneh dikalangan tentera Constantin, namun begitu mereka tidak memperdulikan keadaan aneh jenazah tersebut tatapi  melaksanakan arahan Maharaja Constantin untuk pindahkan kubur tersebut.
Namun begitu selepas 500 tahun kubur Abu Ayub Al Ansari digali semula. Oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu, biarpun sahabat nabi itu telahpun syahid selama 500 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali, timbul perasaan kecil hati di hati Sultan Al Fateh kerana pada anggapan baginda yang Abu Ayub tidak mahu bersentuhan dengan baginda. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Terutama ketika ekspedisi menawan Constantinople.  Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. 

Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.


Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 setelah dibunuh oleh Maesto Jakopa doktor peribadi baginda sendiri iaitu seorang yahudi Russia dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.









akan bersambung untuk siri kedua....





No comments:

Post a Comment