Monday 2 May 2016

Pengajaran Kejatuhan Minyak Dunia






Kejatuhan mendadak harga minyak dunia masa kini,perlu dijadikan iktibar buat Malaysia. Kejatuhannya dikatakan paling teruk sejak 12 tahun ini menyaksikan nilai yang didagangkan sekitar bawah $50 setong. Ini menyebabkan kerajaan kekurangan dana bagi meneruskan agenda pembangunan negara sehinggakan kerajaan terpaksa menyemak semula belanjawan negara. Memandangkan pendapatan negara bergantung kepada industri yang berasaskan Minyak dan Gas apabila harga komoditi ini jatuh menjunam maka Malaysia kekurangan pendapatan utamanya. Namun bukan sahaja Malaysia yang menerima impak malah negara-negara OPEC seperti Arab Saudi dan Qatar turut menerima impak negatif kerana mereka adalah antara negara pengeksport terbesar minyak dunia.

Punca-punca kejatuhan harga komoditi emas hitam ini secara umumnya terdapat 3 faktor, pertama lambakan minyak diseluruh dunia. Lambakan ini terjadi berikutan penawaran yang tinggi dan permintaan yang lemah. Hal ini terjadi apabila negara-negara pengeluar minyak (OPEC) tidak mahu menghentikan pengeluaran minyaknya malah terus menambah pengeluarannya sebanyak 1 Juta tong sehari sehinggakan berlaku lebihan stok minyak dipasaran.



Kedua, AS dan Barat telah meluluskan usul untuk menarik balik sekatan embargo ke atas Iran yang telah menghentikan projek Uranium mereka sekaligus membolehkan Iran yang juga ahli dalam OPEC mengeksport semula minyak dan didagangkan kepasaran antarabangsa sekaligus menambahkan lagi lebihan pengeluaran minyak dunia. Ketiga, permintaan minyak juga menurun diseluruh dunia terutama disebabkan kelembapan ekonomi negara pengguna minyak kedua terbesar didunia iaitu China yang menyebabkan mereka mengurangkan permintaannya terutama permintaan eksport dari Malaysia.

Sudah menjadi hukum dalam ekonomi apabila penawaran melebihi permintaan secara tidak langsung harganya akan terus jatuh sekiranya ketiga-tiga senario ini terus berlaku. Sama sepertinya dengan minyak dunia apabila lebihan penawaran berlaku maka harganya turut jatuh menjunam.

Namun begitu, setelah diteliti kejatuhan harga minyak ini sebenarnya adalah sebagai isyarat dan mesej kepada Malaysia agar kita tidak lagi bergantung kepada sumber pendapatan berasaskan industri Minyak dan Gas. Komoditi ini begitu terdedah kepada spekulasi harga pasaran yang turun naik dengan cepat. Tambahan pula sektor ini adalah sektor yang terhad dan tidak boleh diperbaharui. Sebaliknya, Malaysia perlu mempelbagaikan lagi sumber ekonominya seperti industri yang berasaskan industry produk hiliran, perkhidmatan, pelancongan, pertanian, industri halal dan IKS. Memandangkan kita memiliki iklim politik yang stabil sejak kemerdekaan maka kita menjadi negara yang menarik untuk para pelabur untuk melabur dalam bidang-bidang tersebut.

Sebagai contoh dalam bidang pertanian, menurut Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya berkata jumlah dagangan antara Malaysia-China dalam sektor bahan  makanan adalah bernilai AS$1.2 billion namun Malaysia hanya mengeksport AS$ 350 juta bahan makanan ke China. Ini tidak baik dalam ekonomi apabila import melebihi eksport sedangkan kita adalah negara beriklim Khatulistiwa yang subur dengan pelbagai tanaman. Tambahan pula, apabila pada November tahun lepas Perdana Menteri China Li Keqiang bersetuju untuk membeli dengan lebih banyak buah-buahan tropika dari Malaysia maka wajar Malaysia beralih tumpuan daripada Industri Minyak kepada Pertanian pula. (Utusan Malaysia, Isnin, 18 Januari 2016.

Selain itu, penekanan kepada produk hiliran yang berasaskan pertanian terutama makanan perlu ditingkatkan kerana ianya mempunyai nilai tambah yang tinggi serta pulangan berganda. Sebagai contoh produk yang berasaskan pertanian seperti Kelapa Sawit yang diurus oleh Felda Global Ventures Holdings (FGV) komited untuk memperluaskan produk hiliran. Menurut Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selama ini purata keuntungan Felda bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah namun syarikat ini perlu memberi fokus perniagaan baru kepada industri hiliran.(Utusan Malaysia, Jumaat, 22 Januari 2016)

Selain itu, berikutan permintaan eksport Malaysia yang menurun di China maka Malaysia perlu meluaskan lagi rakan dagang dengan pelbagai negara selain daripada China. Penyertaan Malaysia dalam Trans Pasific Partnership Agreement (TPPA) dan Asean Economic Community (AEC) adalah langkah yang tepat kerana ianya merupakan sebuah kerjasama ekonomi yang berbentuk Multilateral bukan Bilateral seperti Free Trade Area (FTA).

Kerjasama berbentuk Multilateral ini penting bagi mengelakkan kebergantungan pasaran sesebuah negara kepada negara yang lain. Sebagai contoh apabila berlaku kelembapan ekonomi China maka ianya memberi kesan tidak langsung kepada Malaysia kerana China adalah antara rakan dagang terbesar Malaysia. Jika wujud kerjasama berbentuk Multilateral ini maka sebarang risiko krisis ekonomi mampu dielak. Contoh lain seperti pada tahun 2008 apabila berlaku krisis Subprima di Amerika Syarikat ianya turut mengheret beberapa negara Eropah kekancah krisis kerana wujudnya pergantungan Eropah dengan Amerika kesannya dapat disaksikan adalah Greece Muflis pada tahun 2010 dan negara-negara sekitarnya seperti Perancis, Portugal dan Sepanyol mengalami defisit yang besar.


Sudah tiba masanya Malaysia mencari sumber alternatif bagi menggantikan industri Minyak dan Gas. Kerana negara-negara yang tidak mempunyai sumber Minyak dan Gas pun boleh turut maju apabila mereka memperkasakan sumber – sumber yang lain melalui  kecekapan pengurusan ekonomi negara. Seperti Singapura, Jepun, Belanda dan Korea yang mana tidak mempunyai sumber Minyak dan Gas tetapi mereka mengoptimumkan sumber daripada perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan kewangan sehinggakan mereka mampu menjadi negara maju. Justeru, Malaysia perlu mengambil pengajaran ekoran daripada kejatuhan harga Minyak Dunia ini.











Thursday 4 February 2016

TPPA Langkah Tepat Ke Arah Negara Maju 2020


Oleh: Muhammad Al Fatihe B Mohd Ali Hanafiah

Penyertaan Malaysia ke dalam Trans Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang disertai oleh 12 buah negara adalah langkah yang tepat. Ekonomi dunia begitu mencabar yang menuntut sesebuah negara mementingkan kecekapan dan jaringan kerjasama dalam ekonomi. Transformasi ekonomi perlu dilakukan dengan memperbanyakkan kerjasama ekonomi yang berbentuk multinational.

Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata “Malaysia harus berusaha mempelbagaikan lagi hubungan perdagangan dengan negara-negara lain kerana pergantungan kepada satu atau dua negara akan membawa risiko yang tinggi”(The Rakyat Post Ruangan Bisnes, 13 November 2015)

Kerajaan kini berusaha mencari resolusi terbaik bagi memantapkan ekonomi negara. Jika tersilap langkah ianya boleh menjurus kearah krisis. Disebabkan itu, isu penyertaan Malaysia kedalam TPPA ini menjadi panas kerana ianya dibayangi oleh pelbagai spekulasi yang menyatakan bahawa dengan penyertaan ini akan ada kerugian. Disebabkan spekulasi negatif inilah menyebabkan kebaikan TPPA ini dipandang sepi.

Penyertaan kedalam TPPA akan memberikan impak yang positif kepada negara. Perjanjian ini mampu memperoleh pelbagai faedah, pertama mampu meningkatkan eksport dan peluang pekerjaan terutama sektor swasta. Kedua akses pasaran semakin meluas kerana jumlah penduduk dari 12 buah negara adalah seramai 793 juta orang penduduk.

Seterusnya yang ketiga, mampu meningkatkan taraf hidup pekerja dengan penyelarasan standard undang-undang buruh seperti ketetapan gaji minimum dan penjagaan alam sekitar. Keempat, 2000 sehingga 4000 tarif akan dimansuhkan terutama industri yang berkaitan dengan elektronik, produk kayu, tekstil dan minyak sawit. Dan kelima, menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang menginginkan input yang lebih murah bagi kegunaan industri.

Tambahan pula, jumlah dagangan antara 12 buah negara ini adalah merangkumi  40% jumlah keluaran KDNK dunia yang bernilai AS$107.5 trilion bersamaan RM 470 trilion. Dengan jumlah dagangan yang besar dan faedah-faedah yang terdapat dalam TPPA ianya cukup menguntungkan Malaysia.

Langkah ini selari dengan keinginan Malaysia untuk menjadi negara maju pada 2020 iaitu mewujudkan negara berpendapatan tinggi dan masyarakat yang sejahtera.

Perjanjian ini disokong oleh Pengarah Serantau bagi Asia Tenggara The World Bank Group, Dr Ulrich Zachau, yang menyatakan bahawa “Pelaksanaan perjanjian perdagangan itu akan membawa masuk lebih banyak pelaburan, perdagangan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik dari segi kualiti”.(B.Harian Ruangan Bisnes, 4 Disember 2015)

Besar keuntungan yang akan dimiliki Malaysia kerana negara kita adalah antara pengeluar utama dunia bagi  industri Minyak Petroleum, Minyak Kelapa Sawit dan Industri Getah. Sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA maka negara ini akan ketinggalan kepada negara-negara jiran seperti Vietnam dan Singapura. Malaysia akan hilang kreadibiliti sebagai negara pasaran bebas.

Kerana pelabur asing akan lebih memilih negara-negara yang lebih kompetitif untuk membuat pelaburan. Malaysia juga akan kehilangan pasaran kerana pasaran Malaysia akan lebih gemar berdagang dengan negara yang mempunyai TPPA. Itulah keburukan jika negara tidak menyertai TPPA.  

Pada hemat penulis, rakyat tidak perlu bimbang kerana pemimpin negara sudah memikirkannya resolusi terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan seperti yang diakui sendiri oleh Datuk Seri Mustapha Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata.“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera dilindungi dan dipertahankan”. (B.Harian Ruangan Bisnes, 29 Julai 2015)

Sekarang ini, bergantung kepada rakyat Malaysia untuk lebih bersaing dan berani membuat pelaburan diluar negara kerana sesunggguhnya begitu banyak peluang ekonomi yang akan diperoleh daripada pasaran yang semakin meluas terutama bagi negara yang tiada Free Trade Area (FTA) dengan Malaysia seperti Amerika, Kanada, Mexico dan Peru.

Sudah tiba masanya syarikat tempatan keluar daripada zon selesa untuk meningkatkan produktiviti dan mula bersaing secara sihat. Kerana sumber yang produktif kita sebenarnya cukup berpotensi untuk dipasarkan. Dengan harapan semakin banyak syarikat tempatan melabur diluar negara bukan sahaja Petronas, Sime Darby dan Felda malah perlu juga produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk dipasarkan.


Sesungguhnya ekonomi dunia mempunyai pasang surut, namun yakinlah melalui penyertaan kedalam TPPA ini ianya amat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia yang ingin menjadi negara maju pada tahun 2020.

Friday 13 November 2015

Harakiri Moden

Harakiri atau Seppuku ini membawa maksud membunuh diri secara terhormat yang dilakukan oleh para Samurai tatkala apabila mereka kalah dalam pertempuran atau kegagalan menjalankan sesebuah kewajipan. Bagi mereka tiada guna lagi hidup apabila hilang sebuah kehormatan dalam diri. Budaya ini cukup popular pada zaman Edo sehingga Meiji. Bentuk pelaksanaan Harakiri ini adalah dengan menggunakan pedang Samurai dan ditusukkan diperut atau jantung lalu dibelah kekanan dan kekiri serta mengeluarkan usus. Bunyinya ngeri namun begitulah bentuk ritualnya. Bagi mereka Kehormatan adalah segala-galanya daripada hidup dalam maruah yang dinodai.

Namun harakiri ini turut diamalkan sebagai tanda cinta akan tanah air, seperti mana tentera jepun yang sanggup membunuh diri apabila kalah perang. Pernah juga dalam pembaca menonton filem Pearl Harbour bagaimana tentera udara Jepun melanggar kapal tentera Amerika di perairan Pearl Harbour semata-mata ingin memastikan musuh tewas tatkala mereka juga turut tekorban sama. Semasa kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, banyak laporan menunjukkan ramai tentera Jepun yang melakukan Harakiri apabila mendapat tahu yang mereka tewas dalam Perang Dunia terbabit. Dalam pendirian mereka, lebih baik mati daripada melihat kekalahan didepan mata.

Bagi masyarakat Jepun Moden, kita dapat melihat bagaimana budaya Harakiri ini masih berlaku namun caranya berbeza, misal contoh apabila Negara Jepun mengalami masalah ekonomi maka Menteri Ekonomi mereka akan meletak jawatan secara terhormat sebagai tanda kegagalan dalam melaksanakan tugas. Seorang eksekutif syarikat akan meletak jawatan jika prestasi syarikat merundum. Dan, seseorang kakitangan kerajaan akan meletak jawatan sekiranya mereka pernah melakukan kesalahan seperti menerima rasuah atau sebagainya. Ini sebagai tanda yang mereka bertanggungjawab atas apa perkara yang berlaku.

Disebabkan itulah jika kita lihat realiti dunia Jepun hari ini, bagaimanakah keadaan mereka? Pencapaian ekonomi yang makmur, kemajuan teknologi dan inovasi yang cemerlang, tahap IQ yang tinggi dan budaya kerja yang cukup dikagumi. Kesemua ini adalah berpunca daripada sikap mereka yang mengutamakan kejayaan, kerana jika mereka gagal maka jatuhlah maruah dan airmuka mereka. Begitulah kesimpulan yang mudah untuk difahami. Sememangnya harakiri ini jika dilihat secara sudut pandang yang positif ianya merupakan suatu alat atau kaedah untuk memotivasikan individu agar berusaha keras untuk mencapai matlamat yang diingini. Ianya juga merupakan suatu tanda kepada tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seseorang individu bagi mencapai matlamat yang diusahakan.

Tetapi konsep memotivasikan individu untuk berusaha keras ini bukan sahaja ada pada bangsa jepun malah terdapat juga kepada bangsa-bangsa lain seperti Yahudi dan Islam. Misal contoh, dalam kitab Talmud Yahudi ada menyatakan bahawa “Anak-Anak Yahudi yang miskin akan kelihatan telanjang didepan musuh-musuhnya”. Apakah mesejnya? Mesejnya adalah, sebagai sebuah saranan untuk orang-orang Yahudi mencari harta dan berjaya dalam segenap bidang yang diceburi mereka. Jika gagal maka ianya akan menjatuhkan maruah mereka yang beragama Yahudi sebagai Makhluk pilihan Tuhan.

Disebabkan itulah lahir dalam kalangan orang-orang Yahudi ini yang cemerlang dalam pelbagai bidang seperti Michel Dell (Dell Computers), Sergey Brin (Google), Steven Ballmer (Microsoft), Micheal Eisner (Walt Disney), Terry Semel (Yahoo,E-Bay). Dalam bidang sarjana pula seperti Albert Einstein, Thomas Khun, Emile Durkheim, Karl Marx dan Abraham Maslow.

Namun begitu, dalam agama islam turut mempunyai konsep motivasi sebagai memacu semangat umatnya untuk terus maju. Misal contoh konsep Jihad yang mana berusaha keras untuk mencapai keredhaan Allah. Namun begitu sayang sekali, umat islam sering meletakkan konsep Jihad ini dalam sudut yang sempit iaItu Jihad adalah perang. Sedangkan Jihad ini mencakupi bidang yang luas seperti Jihad Ekonomi, Jihad Pendidikan dan lain-lain. Disebabkan konsep Jihad inilah dalam sejarah pernah tercatat tamadun Islam menguasai 2/3 dunia serta pelopor kepada ilmu dunia.

Abdullah bin Rawahah sahabat nabi pernah melafazkan kata-kata iaitu berperang mencapai kemenangan atau mati dalam terhormat. Selain itu Tariq bin Ziyad pernah menyebut didepan kamu adalah musuh manakala dibelakang kamu adalah laut, mana satu anda pilih? Ayat-ayat ini adalah berfungsi untuk dorongan serta motivasi kepada tentera islam menentang musuh bagi mencapai kemenangan.

Persoalannya adakah kita cukup bermotivasi dengan ayat Al Quran yang menyebut " Kamu (Umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan perkaar yang salah. (Al Imran, Ayat 110).

PENGARUH CHARLES DARWIN




Siapa tidak kenal dengan nama Charles Darwin, bagi mana-mana pelajar sekolah menengah aliran Sains cukup sinonim dengan mereka. Beliaulah bapa kepada teori evousi manusia yang merupakan pelopor kepada teori manusia berasal daripada beruk.
Kesan kepada teori ini cukup besar kepada manusia sebenarnya, jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa perang dunia pertama dan kedua adalah berpunca dari teori ini,dan bukannya berpunca daripada pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary dan isterinya di Sarajevo Bosnia. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku secara kebetulan tetapi diambil oleh sejarawan semata-mata dijadikan alasan bagi menutup teori Darwin ini.
                           Description: http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4861980874834567&id=6e15d0777865b00ec7a05fe441bde662               Description: http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4813512161690609&id=727ce74be67c8b014a12de42f31a51d1
Sebenarnya, peristiwa ini bermula apabila ramai dalam kalangan pemimpin utama Negara yang berperang terpegaruh dengan dakyah Teori Darwin. Teori Darwin yang menampilkan konsep “siapa yang kuat mereka yang berkuasa”. Dengan cara inilah mereka terpengaruh disebabkan mereka ingin mengekalkan kuasa tanpa diganggugugat oleh orang lain.
Kebetulan pada Abad ke 19 dalam tahun 1910, ini berlaku krisis kewangan dan bencana alam yang serius menyebabkan berlakunya krisis kelaparan, rusuhan dan jenayah dimana-mana negara didunia. Disebabkan terpengaruh oleh dakyah Darwin, maka muncul stigma dalam minda para pemimpin di beberapa negara Eropah untuk menakluk negara jiran mereka yang dianggap lemah semata-mata bagi menakluk sumber asli dan sumber makanan hanya untuk elak krisis makanan. Jika sekali imbas senario ini tiada bezanya dengan kera dihutan yang berperang sesama sendiri bagi mandapatkan sumber makanan yang terhad.
Teori Charles Darwin juga menampilkan soal manusia, manusia separa haiwan dan haiwan. Para pemimpin perang menganggap bahawa mereka adalah manusia, manakala golongan yang selain mereka adalah beruk atau separa beruk. Maka terjadilah peristiwa penjelajahan dan penerokaan golongan yang mengaggap mereka kuat dan berhak memerintah dunia ini ke benua Afrika dan Asia. Maka terjadilah proses perhambaan orang kulit hitam terhadap orang kulit putih. Jadi tidak hairanlah bahawa di Eropah kini masih wujud sifat rasis sesama sendiri antara golongan kulit putih dan golongan kulit hitam, sebagai contoh dalam pertandingan bolasepak EPL muncul perbalahan antara pemain bola sepak seperti pada tahun 2012, Luis Suarez (Liverpool) dengan Patrick Evra (Man U), manakala dalam kes lain iaitu antara John Terry (Chelsea) dengan Anton Ferdinand (QPR)  tetapi rasis hari ini tidak setebal dahulu kerana telah diperjuangkan oleh Martin Luther King J.R dan Nelson Mandela dalam isu Anti Apartied, sehinggakan Presiden Amerika hari ini pun adalah salasilah Orang Negro Iaitu Presiden Barrack Obama.

Description: http://ts1.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4879143561069180&id=27901c4b64c5f7b6764e455047abe2ff                 Description: http://ts1.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4875222251340608&id=c09c81d2787c7f6ba44f406fa3dc6931

Description: http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4737366699214357&id=1879f456ad741509f84c88e71d007138                  Description: http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4984735311201515&id=ab5e166fa5948ff24cd2a2e1e9adb961                     Martin Luther King J.R                                                                      Nelson Mandela

Sebelum perjuangan pembebasan puak kulit hitam dicetuskan orang kulit hitam dihina sehinanya sehinggakan ada antara banduan kulit hitam diarah menjadi sarkis dalam pertunjukan sarkas, peristiwa ini tidak berlaku dengan meluas di kota London tetapi peristiwa ini ditutup oleh kerajaan bagi menjaga sensitiviti kaum.
Radovan Karadzik, dan Ratco Mladix adalah antara pemimpin yang dua pemimpin tentera yang paling bertanggungjawab dalam  menyebabkan ribuan orang muslim terbunuh dalam perang Bosnia, mereka berdua kini dihukum oleh Tribunal Jenayah Perang Dunia(ICC) atas tuduhan kesalahan jenayah perang.  Setelah dikaji  mereka berdua turut terpengaruh dengan hasil tulisan Darwin, sama juga ceritanya dengan Khamer Rouge yang melakukan jenayah perang terhadap rakyat sendiri semasa perang Myanmar bersama tentera Junta.


Namu begitu kita bersyukur kerana konflik serius ini tidak berlaku di tanah air kita Malaysia.....

Formula Bangsa Berjaya


Bangsa Melayu merupakan antara bangsa yang begitu mempercayai metafizik dan mementingkan sifat lemah-lembut, sopan-santun dan hormat-menghormati. Hal ini kerana orang-orang tua dahulu begitu mementingkan sifat luhur ini. Namun begitu, adakah dengan adanya sifat murni ini maka bangsa melayu pernah dinobatkan sebagai bangsa yang maju? Sebagaimana yang dikecapi oleh bangsa Jepun, Inggeris, Israel? Pernahkan dalam sejarah bangsa Melayu menunjangi dunia? Sebagaimana bangsa Jepun yang menguasai empayar Jepun di Asia Timur ketika Perang Dunia Kedua, bangsa Turki yang menguasai 2/3 dunia dalam sejarah Turki Uthmaniah, dan bangsa Inggeris yang pernah mengembara dan menjajah seluruh pelusuk dunia? Jawabnya adalah tidak pernah. Tiada satupun dalam lipatan sejarah yang mana bangsa Melayu pernah menguasai empayar yang luas, yang ada hanyalah setakat penguasaan di Asia Tenggara sahaja seperti kerajaan Melayu Melaka tidak seperti bangsa lain yang pernah menguasai separuh dunia.

Hari ini, setelah bangsa Melayu menelusuri sejarah yang panjang, pernah atau tidak bangsa Melayu teringin mahu menjadi bangsa yang berjaya dan dihormati? Jawabnya tidak, inilah masalah sebenarnya yang dirisaukan oleh golongan pemimpin dan cendekiawan melayu yang mana sehinggakan Tun Dr Mahathir mengkritik sikap orang melayu dalam bukunya Malay Dilemma suatu ketika dahulu sehinggakan mencetuskan kontroversi. Orang Melayu lebih gemar hidup selesa dalam bumi sendiri walhal hasil bumi dijarah orang. Sikap inilah yang akhirnya Za’ba menulis beberapa buah puisi menunjukkan kekesalan beliau terhadap sikap orang Melayu.

Sudah banyak sebenarnya dasar-dasar dan program ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekonomi Melayu, namun begitu adakah pembangunannya sepantas Negara Jepun? Sepertimana yang diketahui Jepun bangkit setelah buminya hangus oleh dibom oleh bom atom kurang daripada 50 tahun untuk berdiri sebagai negara penguasa ekonomi dunia hari ini. Mengapa Malaysia khususnya orang Melayu tidak boleh sepantas mereka?

Penyelesaiannya sebenar yang orang Melayu perlu lakukan adalah dengan mengubah mentaliti dan sikap yang sering menyekat kemajuan  mereka. Menurut Arnold Tonybee beliau pernah menyatakan bahawa kejayaan sesebuah peradaban bukanlah bermula daripada keturunan tetapi bermula dari sikap sesebuah bangsa yang berikhtiar bagi mencari potensi diri untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang sehinggakan membuahkan hasil yang gemilang. Misal contoh, adakah orang Melayu sanggup bekerja lebih masa bagi meningkatkan rezeki hariannya? Adakah orang melayu sanggup menghabiskan harta semata-mata untuk memberikan peluang pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka? Adakah golongan birokrat dan korporat Melayu sanggup menghabiskan harta untuk membantu bangsa sendiri agar turut berjaya seperti mereka. Seperti Donald Trump yang mendirikan Universiti Trump semata-mata bagi melahirkan ramai usahawan muda sehebat beliau. 

Nilai kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa perlu ada dalam diri Bangsa Melayu sekiranya inginkan kehidupan yang lebih baik. Misal contoh sebagai seorang ahli politik melayu yang ingin mengembangkan karier politiknya dengan perlu menambahkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang bukan sahaja dalam ilmu politik malah dalam bidang ilmu agama, sastera, ekonomi, undang-undang, psikologi, kemahiran negosiasi dan kemahiran berpidato. Senang untuk dijadikan contoh, pernahkan anda melihat gaya pidato Presiden Amerika Syarikat, bagaimana gaya pengucapan yang beliau gayakan mampu memukau rakyatnya. Bermula dari bahasa badan sehingga kepada seni pertuturan kesemuanya menggunakan seni yang hebat.

Selain itu, orang-orang melayu perlu menggunakan seluruh kekuatan yang ada dalam diri orang Melayu iaitu sikap pemalu, pemurah dan tidak banyak cakap. Disebabkan sifat-sifat inilah orang Melayu digelar sebagai bangsa yang mempunya banyak rahsia dan identiti tersendiri yang disenangi oleh bangsa-bangsa lain. Artikel ini ditulis berikutan kajian yang dilakukan oleh penulis semasa mengikuti pengajian tahun 3 di Universiti Malaysia Sabah, penulis ditugaskan untuk membuat sebuah thesis berkaitan status ekonomi bumiputera hari ini.

Wednesday 13 November 2013

Kearah Mewujudkan Bangsa Sekular Dalam Diam

"Kesan perkembangan Sekularisme New Religious Movement terhadap kehidupan masyarakat beragama"



Salah satu agensi dan pertubuhan yang bersifat Sekular


PENGENALAN

·         Sekularisme ini sebenarnya bermula dari sejarah yang panjang iaitu sejak bermulanya zaman Renaisense atau Enlightment atau dikenali sebagai zaman Pencerahan Semula. Idea mengenai sekular ini muncul dizaman kebangkitan Semula Eropah.
·         Berlaku selepas Eropah dilanda Zaman Gelap atau dikenali sebagai Dark Ages.
·         Zaman Dark Ages ini pula merupakan zaman transisi daripada zaman keagungan empayar Greek dan Sparta suatu ketika dahulu.
·         Diperjuangkan oleh golongan cendikiawan dan Modenisme.

DEFINISI
Sekular = secara literalnya berasal daripada bahasa Latin yang bererti tiada agama atau memisahkan agama daripada kehidupan. Didalam bahasa arab disebut Al Ilmaniah. Tetapi berdasarkan  sejarah sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini.( Hj Nik Azran Muhamed)

New Relegious Movement= secara konseptual, merujuk kepada golongan pengamal sekular secara radikal bukan secara moderat, yang mana fahaman ideologi ini difahami secara taksub sehingga menjadi seolah-olah agama yang wajib dituruti.

Tokoh-tokoh penyokong ideologi Sekular(Modenisme)

·         Thomas Hobbes 
·         Karl Marx 
·         Max Waber 
·         Vladimir Lenin
·         Aldoft Hitler
·         Charles Darwin
·     “Kebanyakan antara mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan”.

Pendokong Sekular terdiri dari dua bentuk iaitu

1.    Sekular Ekstreme
2.    Sekular Moderat 


GOLONGAN YANG MELOPORI SEKULARISME

·         Yahudi melalui pertubuhannya iaitu Freemason dan Illuminaty
·         Nepoleon Bonaparte yang  terlibat secara langsung dalam peristiwa Revolusi Perancis
·         Count Camillio Benso de Cavour di Itali dan Otto Eduard Von Bismark di Jerman. Mereka
·         Bermatlamat menguasai Baitul Maqdis dan kuasai dunia. Bagi mengaburi mata warga dunia mereka menggagaskan lebih banyak ideologi seperti Nationalisme, Kapitalism, Globalisasi, Demokrasi, Feminisme, Sosialisme, Pluralism dan Liberalisme.

AMALAN SEKULARISME…
1.    Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara
2.    Segala macam simbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya
3.    Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam
4.    Menolak agama (Allah) dalam urusan duniawi
5.    Teori Sains / Logik diutamakan mengatasi teori agama
6.    Ilmu kerohanian penghalang kemajuan duniawi (cthnya : golongan agamawan tidak boleh memegang tampuk pemerintahan negara.



PENGARUH SEKULAR DALAM ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL PADA HARI INI.

Pengaruh Sekular menyusup masuk dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
·         Contoh politik, pengasingan agama dari politik iaitu tercipta istilah demokrasi dan proses pembaratan.

·         Contoh ekonomi, pengenalan sistem kapitalis, bermatlamat kepada keuntungan semata-mata dan melupakan peranan agama.

·         Contoh sosial, pendidikan agama tidak dititik beratkan.

KESAN SEKULAR TERHADAP UMAT ISLAM
1.   Dari aspek Agama
·         Sekularisme membawa pemikiran yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.
·         Contohnya meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid manakala pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan daripada golongan ulamak
·         Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia.
·         Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan.


2.   Aspek Politik
·         Pergerakan sekularisme ini bermula ketika penjajahan Barat keatas negara-negara islam kira-kira abad ke 18.
·         Contohnya Tanah Melayu, setelah penjajahan British bermula kuasa Raja-raja Melayu hanya diletakkan dibawah bidang kuasa agama islam dan adat sahaja sedangkan raja, manakala ususan pentadbiran diletak dibawah kawalan Residen.
·         Selepas Perang Dunia Pertama runtuhnya sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniah di Turki pada 1949 setelah Sultan Abdul Hamid II, digulingkan oleh Mustafa Kamal Attarturk.
·         Mustafa Kamal Attarturk merupakan seorang ahli Sekular yang telah menukar Turki daripada negara Islam kepada pemerintahan Sekular yang penuh dengan sifat kediktatoran.
·         Contoh menghapuskan Kementerian Wakaf untuk orang miskin, menukar azan kedalam bahasa Turki, menutup sekolah agama, mengharamkan hukum hudud, mengharamkan bacaan Al Quran kedalam bahasa Arab, dan mengharamkan pemakaian kain tudung bagi orang perempuan dan mengharamkan pemakaian Tarbus, Kopiah atau Serban bagi orang lelaki tetapi ditukarkan kepada Topi Koboi Barat.

3.   Aspek ekonomi.
·         Perniagaan perbankan yang dijalankan di negara-negara islam lebih berkonsepkan Kapitalis contohnya kadar bayaran balik pinjaman dikenakan dengan nilai kadar faedah yang tinggi
·         Sistem matawang yang diaplikasikan oleh kebanyakan sistem kewangan di negara-negara islam tidak bersumberkan matawang Dirham dan Dinar.
·         Misalnya penggunaan matawang lain yang bersandarkan kepada Dolar Amerika seperti Riyal, Dolar, Rupiah dan Ringgit.
·         Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan serta keuntungan.
·         Sumber ekonomi Negara dan umat Islam akan menjadi maju tetapi menindas (Kapitalism)

Aspek Sosial
·         Pendidikan agama tidak dititik beratkan,
·         Membezakan antara ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi sehingga menjadikan para pelajar terdiri dari dua aliran.
·         Kesan daripadaideologi ini akan membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama.
·         Kesannya, genarasi muda akan kehilangan pedoman dalam hidup kerana mmentingkan soal ilmu duniawi sahaja dan melupakan akhirat.

KESAN KEPADA KEHIDUPAN BERAGAMA KRISTIAN
·         Agama Kristian adalah yang paling besar kesannya ekoran Sekular,.
·         Golongan Cendikiawan memperjuangkan sekular pada Revolusi Perancis
·         Perpecahan Mazhab antara Kristian Katolik dan Kristian Protestan.
·         Pengaruh Sekular masuk kedalam sektor agama ,ekonomi, pollitik dan sosial
·         Wujud  fahaman ideologi  Liberalism, Sosialism, Kapitalism,Modenisasi, Westernisasi

Dalam Aspek Politik
·         Golongan Agama iaitu Pope atau Paderi/Father/ Mother, diangkat sebagai penasihat kepada Raja dalam menjalankan urusan pemerintahan.
·         Lama kelamaan lain pula yang jadinya setelah golongan Paderi ketika  itu sendiri mula lupa akan tanggungjawab sosialnya.
·         Iaitu dengan memperalatkan golongan raja dan agama bagi menjadi kaya, dan dihormati oleh masyarakat.
·         Raja-raja Kristian telah meminggirkan golongan agama daripada menjadi rujukan semasa menjalankan pemerintahan setelah berpecahnya Mazhab antara Kristian Katolik dengan Kristian Protestan yang diasaskan oleh Martin Luther
·         Kesannya, didapati dalam agama Kristian tugas seorang Paderi hanya tertumpu dalam amalan Ritual semata-mata, iaitu hanya di Gereja.

Dalam Aspek Ekonomi
·         Urusan ekonomi mestilah tiada penipuan, rasuah, riba, kronisme atau penyelewengan kerana akan merosakkan sesebuah institusi ekonomi.
·         Apabila urusan ekonomi dijalankan secara sempurna maka akan wujudnya kedamaian dan keamanan kerana tiada penipuan.
·         Hari ini setelah sekular berleluasa dalam aspek ekonomi maka muncullah Teori Ekonomi Kapitalis yang diasaskan Adam Smith
·         iaitu suatu sistem ekonomi yang mensarankan urusan jual beli berkonsepkan riba atau lintah darat.
·         Digunakan oleh kebanyakan Negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom dan Jepun yang majoritinya beragama Kristian.
·         Mereka menganggap bahawa Institusi Gereja menghalang Kemajuan.


Dalam Aspek Sosial
·         Dahulu, Gereja telah menolak segala ilmu yang tidak sealiran dengan samada ilmu sains, kejuruteraan ataupun ilmu berkaitan politik dan sebagainya.
·         Tetapi selepas Zaman Renaisense, disaat ramai para saintis telah dibunuh kerana dalam anggapan mereka golongan paderi ianya ilmu yang menyesatkan dan tidak sesuai dengan agama.
·         Setelah Kristian berpecah fahaman Mazhab Protestan daripada Mazhab Katolik
·         Segala ilmu telah diterima masuk bagi penganut Kristian.
·         Sehingga mereka menjadi penguasa ilmu pada hari ini.
·         Mereka menganggap bahawa Institusi Gereja menghalang kemajuan.


KESAN KEPADA KEHIDUPAN BERAGAMA BUDDHA
·         Terkena serpihan daripada serangan Sekular terhadap Kristian dan Islam
·         Kemunculan fahaman Pluralisme.
·         Pluralisme semua agama di dunia ini sama sahaja kerana semua agama ini berpaksikan kepada keamanan dan keamaman semata-mata.
·         Tidak dibenarkan setiap umat beragama terlalu warak dan menyatakan agamanya sahaja yang benar kerana ia akan menimbulkan konflik.
·         Kerana itulah pentingnya Sekular iaitu asingkan agama dengan urusan dunia. Konflik yang timbul ialah di Myanmar dan Barat China.

KESAN KEPADA KEHIDUPAN BERAGAMA HINDU
·         Sama juga situasinya dengan agama Buddha iaitu Pluralisme ini menyusup masuk kedalam agama Hindu.
·         Hal ini kerana semua agama memperjuangkan kebenaran agama masing-masing sehinggakan timbulnya konflik.
·         Contoh konflik ialah perang saudara antara penganut Hindu dengan Islam di India.

KESAN KEPADA KEHIDUPAN BERAGAMA YAHUDI
·         Kesan juga boleh didapati dalam Bangsa Israel iaitu Yahudi
·         Golongan Rahib mereka sendiri yang menentang penubuhan Zionis
·         Kerana ianya merupakan sebuah pertubuhan Sekular yang tidak diimani oleh unsur-unsur Agama.
·         Contoh gerakan Zionis iaitu Parti Likud, pimpinan Benjamin Natayahud
·         Umat Yahudi menolak Kitab Taurat tetapi beriman dengan Kitab Talmud.

PLURALISME
·         Fahaman Pluralisme ini adalah pecahan kepada ajaran Sekular itu sendiri
·         Direka adalah semata-mata menghalang kebangkitan golongan agama daripada memperjuangkan agama masing-masing
·         Masuk kedalam semua agama iaitu Kristian, Islam, Buddha, Hindu dan Yahudi.
·         Hal ini kerana sekiranya Pluralisme ini diamalkan maka ia tidak akan mengganggu perkembangan Sekular daripada terus berkuasa.




KESIMPULAN
Kesimpulannya, sekular merupakan sebuah ancaman kepada semua agama terutama Islam. Hal ini kerana Sekular itu sendiri dimonopoli dan ditaja khas oleh gerakan Freemason yang ingin menguasai masyarakat dunia agar tunduk kepada mereka. Mereka telah melaung-laungkan perbagai ideologi semata-mata mahu umat manusia melupakan dan meninggalkan agama masing-masing dan menganuti agama baru iaitu Sekular memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Segala ideologi sama ada kapitalism, komunism, liberalism, demokrasi, feminisme, Pluralisme dan Islam Liberal adalah sekadar bayangan semata-mata kerana ianya adalah pecahan kepada Sekular itu sendiri.
Agama merupakan satu pegangan yang penting sebagai pembimbing kepada jalan yang benar, sekiranya manusia melupakan agama maka kehidupan manusia itu sendiri akan porak peranda. Kita mulia kerana agama oleh itu berbaktilah kepadaNya..

"hasil tulisan ini diterbitkan melalui pembacaan penulis terhadap beberapa buah buku, dan intipati buku-buku tersebut saya rangkumkan kepada satu penulisan ilmiah diatas"

RUJUKAN

DRS Toto Tasmara, Mengapa Yahudi Berprestasi?, Inteam Publication
Geoffrey Brahm Levey and Tariq Madood, 2009, Secularism, Religion and Multiculture Citizenship, Cambridge
Hj Nik Azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa. 2008, Gerakan Freemasonry,Musuh Dalam Menghancurkan Islam, HR Publishing
Hj Nik Azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa. 2008, Gerakan Orientalisme, Gerakan Kristianisasi Dunia Hr Publishing
Ibnu Yaacob, Rahsia Yahudi dalam Filem Sekular Moon Media.
Micheal Collins Piper, The New Jurusalem, Saba’ Islamic Media
Novel Abd Latip Talib, Mustafa Kamal Attarturk Bapa Sekularisme Islam Turki
Novel Abd Latip Talib, Badiuzzaman Said An Nursi Pejuang Dan Pemikir Turki
Oleh Herry Nurdi. Membongkar Perancangan Israel Raya AR Publication
Prof. Yusuf Al Qardawi, 2012, Gaya Hidup Cara Islam, Al Hidayah House Publisher Sdn Bhd.