Saturday 15 December 2012

MASALAH KECELARUAN GENDER








Masalah kecelaruan gender merupakan masalah yang sering kali timbul perdebatan dalam kalangan ahli akademik, media massa dan pihak pemerintah negara. Permasalahan ini sebenarnya berasal daripada pelbagai faktor dan kesannya cukup besar kepada masyarakat dan negara. Banyak kajian yang telah dibuat bagi mengkaji masalah ini namun mekanisme ini masih dalam pelaksanaan.

PENGENALAN
Disfora Gender atau kecelaruan gender inni boleh didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan dan tanggapan individu terbabit yang  bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Dengan kata  lain kecelaruan gender ialah seseorang yang memiliki jantina tetapi kurang senang dengan jantina yang mereka miliki atau timbul perasaan kurang senang kerana bertentangan dengan sifatnya. Contohnya seseorang lelaki yang terkeliru dangan status jantinanya kerana walaupun dia adalah seorang lelaki namun sifat dan perwatakannya lebih menjurus kepada perempuan seperti lembut dan sebagainya.
Kekeliruan gender ini terbahagi kepada pelbagai jenis dan konteks contoh
1.      Transeksualisme
2.      Pondan atau Lelaki Lembut
3.      Homoseksual
4.      Interseksual atau Khunsa
5.      Biseksual
6.      Transvetive
7.      Lesbian
8.      Gay

Keenam enam jenis kecelaruan gender inilah yang akan dibincangkan dalam lampiran yang seterusnya mengenai definisi, faktor dan kesan kepada pelbagai pihak.

TRANSEKSUALISME
Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.Kecelaruan gender ini terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang perempuan.Golongan digelar sebagai pondan dan beberapa istilah lain.Manakala golongan individu yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar sebagai pengkid.
NORAZIZAH MOHD AWAL (2005) Merumuskan transeksual ialah lelaki atau Merumuskan transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai perempuan yang berkeinginan memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari segi keinginan seksnya berkeinginan kepada segi keinginan seksnya berkeinginan kepada jantina yang berlawanan dengan jantinanya jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. Mengikut kajian Prof. Louis Gooren menurut kajian beliau bahawa kemungkinan berlaku fenomena transeksualisme bagi seorang lelaki dalam setiap 15,000 dan seorang perempuan dalam setiap 35,000 orang perempuan. Ini bermakna kemungkinan lelaki berlakunya transeksualisme adalah lebih ramai berbanding wanita. Kajian ini dipetik dalam Majalah MASSA Ogos 2003.
Manifestasi dari wujudnya fenomena ini dalam diri seseorang akan mengakibatkan proses pengenalan diri bercelaru dalam mengenal pasti jantinanya. Individu terbabit merasakan dirinya berbeza dengan kehendak hatinya. Wujud perasaan serba salah apabila dia bergaul dengan rakan berlainan jantina, namun secara sembunyi mereka cuba untuk membentuk identiti seperti berpakaian, bertingkah laku dengan golongan yang berlawanan dengan dirinya.
Pengenalan tentang diri ini akan menjadi lebih kompleks terutama apabila tumbesaran dirinya semakin meningkat. Ketika mana pembentukan tumbesaran alat kelamin berkembang, ia menjadi sebagai suatu tekanan dalam dirinya kerana berlawanan dengan kehendak naluri yang sebenar. Dalam erti kata lain, dia mahu tumbesaran badannya sebagai perempuan sesuai dengan keinginan nalurinya yang berjiwa perempuan.
Mengikut Dr. Ismail lagi sebilangan besar individu yang termasuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan tentang diri mereka dari aspek identiti seksual. Sebagai langkah awal golongan ini perlu diberi bimbingan, atau kalau perlu diberi hormon kelelakian atau keperempuanan supaya perasaan mereka lebih nyata terhadap wujud kendiri.

LELAKI LEMBUT / PONDAN

Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita (Wan Halim Othman: 1987).

Definisi
Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita.Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual"
Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke Malaysia dengan dapat disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004).
Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina.Seseorang itu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.
Seseorang itu akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya secara tersembunyi, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.
Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka.Sebagai contoh, mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.

·         CIRI-CIRI PONDAN
Seseorang lelaki itu boleh diklasifikasikan sebagai pondan berdasarkan 3 ciri umum tersebut iaitu kelakuan,kegiatan dan cara berpakaian.
Berdasarkan ciri pertama iaitu kelakuan, seeorang lelaki itu percakapannya akan menjadi lemah lembut seperti perempuan.Dia juga akan menjadi terlalu sensitif. selain itu lelaki seperti juaga kerap ke tandas untuk menambahkan mekap dia cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit.
Seterusnya ciri yang kedua iaitu kegiatan golongan ini.Golongan ini akan bergerak dalam kumpulan yang sama.Selain itu golongan ini juga berkawan rapat dengan perempuan.
Ciri terakhir ialah cara berpakaian golongan ini.Mereka gemar untuk mengunakan pakaian yang menampakkan ciri keperempuanan dan suka bersolek.Ada juga dalam kalangan mereka mengunakan pakaian wanita dan pakaian dalaman wanita.


Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan
Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan ini.Faktor pertama ialah pengaruh media.Hal ini kerana, industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak pondan sehingga diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat.Oleh itu,ramai masyarakat yang berpewatakan lembut berani mencuba menjadi pondan.
Faktor kedua ialah kurang didikan agama.Agama teruatama nya islam telah melarang sekeras-kerasnya akan gejala yang menukar jantina seperti ini.Seseorang itu dianggap tidak bersyukur di atas ciptaan Maha Pencipta iaitu Allah swt.
Faktor seterusnya ialah faktor biologi .Kemungkinan seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan.Oleh itu,perwatakan perempuan akan lebih menonjol dalam diri individu itu daripada perwatakan lelaki.
Faktor berikut telah menjadi kebiasaan didengar iaitu pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan faktor yang paling senang menyumbang akan gejala ini.Seseorang individu itu akan mengikut rakan nya perperlakuan seperti wanita.Rakan sebaya juga merupakan kumpulan yang paling rapat dengan individu itu selepas keluarga individu sendiri.Oleh itu,seseoarang individu itu akan mudah mempercaya akan kata-kata dan ajakan rakannya.
Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gejala pondan ini ialah tekanan sosial dan naluri yang berbeza dengan fizikal.

HOMOSEKSUAL
Homoseksual ialah golongan lelaki tulen yang seronok dan malah amat berbangga dengan anggota sulitnya. Keterampilan mereka adalah nyata sebagai seorang lelaki. Golongan ini tertarik dan berminat melakukan hubungan seks sejenis iaitu dengan golongan lelaki sahaja. Kalau adapun melakukan seks dengan perempuan, ia hanya paksaan pada diri, dan kalaupun berkahwin, ketika mereka melakukan hubungan seks mereka membayangkan bersama lelaki. Lahirnya fenomena ini bukan disebabkan kecacatan otak atau faktor biologi malah mereka lebih cenderung mengikut naluri, atau lebih tepat mengikut nafsu jahat bujukan syaitan. Kebejatan ini disebut oleh Allah dalam al-Quran yang menceritakan kisah kaum nabi Lut, hingga akhirnya Allah membinasakan mereka sebagai suatu pengajaran kepada umat manusia.




INTERSEKSUAL ATAU KHUNSA
Golongan ini dijelaskan dalam mengenai kejadian manusia pada bahagian kajian literatur. Secara ringkasnya mereka mempunyai dua alat kelamin. Khunsa dibahagikan kepada dua jenis; khunsa tidak nyata iaitu seseorang yang ada dua kemaluan tetapi tidak jelas anggota kemaluan lelaki atau perempuan, walaupun sebenarnya dia seorang lelaki.
Yang kedua ialah khunsa nyata iaitu seseorang yang memiliki dua anggota kemaluan yang nyata. Jenis khunsa seseorang, ditentukan oleh doktor, dan lazimnya kejadian khunsa dihubungkan dengan faktor baka dan keturunan.Situasi kekeliruan inlah sebenarnya yang menjadi faktor kepada kecelaruan gender kerana mereka sendiri tidak tahu dia lelaki atau perempuan.

BISEKSUAL
Golongan ini lebih terbuka mindanya dan boleh mengubah orientasi seksualnya terhadap lelaki mahupun perempuan. Dalam masyarakat ia amat sukar dikenali dan sebahagian besar mereka berstatus suami atau isteri. Mereka ini memiliki  dua jenis nafsu iaitu kepada lelaki mahupun perempuan. Mereka tidak kira lelaki atau perempuan kerana mereka akan mangadakan hubungan seks tidak kira status jantina pasangannya. Mereka boleh menukar orientasi seksualnya bila-bila masa sahaja sehinggakan masyarakat tidak dapat mengesan golongan ini.

TRANSVETITE
Mereka adalah golongan lelaki normal tetapi kadang-kadang suka memakai pakaian perempuan pada waktu-waktu tertentu. Mereka ini juga dikenali dalam bahasa kasar ibarat menyamar contoh pada waktu siang jadi lelaki tetapi pada waktu malam jadi wanita. Kes-kes sebigini banyak didapati di Barat dan bandar-bandar besar. Ada  juga sesetengah antara mereka yang adalah golongan wanita yang berubah manjadi lelaki pada masa tertentu, dalam bahasa pasar ia dikenali sebagai Pengkid atau Lesbian

PENGKID ATAU LESBIAN
Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri- ciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’..
GAY
Kata adjektif gay dalam Bahasa Inggeris biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang sebagai istilah kepada homoseksual. Dalam penggunaan awal, perkataan ini bermaksud "ceria", "gembira", atau "terang", namun kini penggunaan sebegini tidak lagi biasa. Kadangkala Gay juga merujuk kepada persamaan antara orang homoseksual. Perkataan gay kadangkala digunakan untuk merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam "perkahwinan gay", walaupun penggunaan ini tidak digalakkan oleh sesetengah penyokong sebab asasnya adalah kerana penggunaan ini tidak termasuk orang yang biseksual dan yang transjantina tetapi juga lesbian yang kebanyakan mereka menolak tanda yang menjadikan mereka sebagai subset lelaki, dan juga lelaki gay. Sementara gay dipakai dalam sesetengah konteks kepada kesemua homosexual, istilah lesbian adalah khusus jantina: ia digunakan khusus bagi mengambarkan wanita gay. Kadang-kala gay digunakan hanya merujuk kepada lelaki homosexual.

  

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecelaruan gender
1.      Faktor Kromosom

Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin terdapat kekeliruan dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan terdapat segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki. Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita, golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan. Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri.

2.      Faktor Persekitaran

Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budayapengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia, menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki bernama Ruben menjadi tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan masyarakat. Penyuburan budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah kerana mengubah kejadian fitrah diri manusia.

3.      Faktor Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja. Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki, maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza.

4.      Faktor Masyarakat

Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti . Masyarakat hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang berperilaku aneh.



KESIMPULAN

Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.

4 comments:

  1. Kenapa 'melakukan kesilapan' pulak kalau diri seorang itu diciptakan dgn kromosom xxy? Tuhan melakukan kesilapan ke?

    ReplyDelete
  2. Penulis melakukan research dari aspek biologi, bagus, tapi kesimpulannya seakan-akan tak research langsung. Itu yg disebut "malas fikir". Semua yg dia tak faham, dikategorikan sebagai " kesilapan". Pernahkah si penulis berjumpa dan berbincang dgn golongan yg diceritakan? Cuba memahami?

    ReplyDelete
  3. Penulis melakukan research dari aspek biologi, bagus, tapi kesimpulannya seakan-akan tak research langsung. Itu yg disebut "malas fikir". Semua yg dia tak faham, dikategorikan sebagai " kesilapan". Pernahkah si penulis berjumpa dan berbincang dgn golongan yg diceritakan? Cuba memahami?

    ReplyDelete
  4. Kenapa 'melakukan kesilapan' pulak kalau diri seorang itu diciptakan dgn kromosom xxy? Tuhan melakukan kesilapan ke?

    ReplyDelete