Masalah
kecelaruan gender merupakan masalah yang sering kali timbul perdebatan dalam
kalangan ahli akademik, media massa dan pihak pemerintah negara. Permasalahan
ini sebenarnya berasal daripada pelbagai faktor dan kesannya cukup besar kepada
masyarakat dan negara. Banyak kajian yang telah dibuat bagi mengkaji masalah
ini namun mekanisme ini masih dalam pelaksanaan.
PENGENALAN
Disfora Gender atau kecelaruan gender inni boleh didefinisikan sebagai
keadaan di mana penghayatan dan tanggapan individu terbabit yang bercelaru antara perasaan gender sendiri
dengan jantina anggota kelaminnya. Dengan kata
lain kecelaruan gender ialah seseorang yang memiliki jantina tetapi
kurang senang dengan jantina yang mereka miliki atau timbul perasaan kurang
senang kerana bertentangan dengan sifatnya. Contohnya seseorang lelaki yang
terkeliru dangan status jantinanya kerana walaupun dia adalah seorang lelaki
namun sifat dan perwatakannya lebih menjurus kepada perempuan seperti lembut
dan sebagainya.
Kekeliruan
gender ini terbahagi kepada pelbagai jenis dan konteks contoh
1.
Transeksualisme
2.
Pondan
atau Lelaki Lembut
3.
Homoseksual
4.
Interseksual
atau Khunsa
5.
Biseksual
6.
Transvetive
7.
Lesbian
8.
Gay
Keenam
enam jenis kecelaruan gender inilah yang akan dibincangkan dalam lampiran yang
seterusnya mengenai definisi, faktor dan kesan kepada pelbagai pihak.
TRANSEKSUALISME
Transeksualisme
paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai
anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina
sebaliknya.Kecelaruan gender ini terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan
individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang perempuan.Golongan
digelar sebagai pondan dan beberapa istilah lain.Manakala golongan individu
yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar
sebagai pengkid.
NORAZIZAH
MOHD AWAL (2005) Merumuskan transeksual ialah lelaki atau Merumuskan
transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai perempuan
yang berkeinginan memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian
silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari
pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari segi keinginan seksnya berkeinginan
kepada segi keinginan seksnya berkeinginan kepada jantina yang berlawanan
dengan jantinanya jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. Mengikut
kajian Prof. Louis Gooren menurut kajian beliau bahawa kemungkinan berlaku
fenomena transeksualisme bagi seorang lelaki dalam setiap 15,000 dan seorang
perempuan dalam setiap 35,000 orang perempuan. Ini bermakna kemungkinan lelaki
berlakunya transeksualisme adalah lebih ramai berbanding wanita. Kajian ini
dipetik dalam Majalah MASSA Ogos 2003.
Manifestasi
dari wujudnya fenomena ini dalam diri seseorang akan mengakibatkan proses
pengenalan diri bercelaru dalam mengenal pasti jantinanya. Individu terbabit
merasakan dirinya berbeza dengan kehendak hatinya. Wujud perasaan serba salah
apabila dia bergaul dengan rakan berlainan jantina, namun secara sembunyi
mereka cuba untuk membentuk identiti seperti berpakaian, bertingkah laku dengan
golongan yang berlawanan dengan dirinya.
Pengenalan
tentang diri ini akan menjadi lebih kompleks terutama apabila tumbesaran
dirinya semakin meningkat. Ketika mana pembentukan tumbesaran alat kelamin
berkembang, ia menjadi sebagai suatu tekanan dalam dirinya kerana berlawanan
dengan kehendak naluri yang sebenar. Dalam erti kata lain, dia mahu tumbesaran
badannya sebagai perempuan sesuai dengan keinginan nalurinya yang berjiwa
perempuan.
Mengikut
Dr. Ismail lagi sebilangan besar individu yang termasuk dalam golongan
transeksual mengalami kekeliruan tentang diri mereka dari aspek identiti
seksual. Sebagai langkah awal golongan ini perlu diberi bimbingan, atau kalau
perlu diberi hormon kelelakian atau keperempuanan supaya perasaan mereka lebih
nyata terhadap wujud kendiri.
LELAKI
LEMBUT / PONDAN
Di
era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena
tentang individu yang terkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah
lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan
istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai
lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita (Wan Halim
Othman: 1987).
Definisi
Pondan
(juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai) merupakan istilah yang merujuk
bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi
lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita.Golongan ini sering menggunakan
istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita
dilahirkan transeksual"
Fenomena
lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas
untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan
disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang
tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke Malaysia dengan dapat
disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki
lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan
menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh
kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004).
Manifestasi
fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan
diri mengenai jantina.Seseorang itu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak
hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan
individu daripada jantina sebaliknya.
Seseorang
itu akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya secara tersembunyi, sekali gus
berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang
dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam
remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran
anggota kelamin.
Golongan
ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina
keinginan mereka.Sebagai contoh, mengambil keputusan yang boleh memudarat atau
memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina
atau membunuh diri akibat kekecewaan.
·
CIRI-CIRI
PONDAN
Seseorang
lelaki itu boleh diklasifikasikan sebagai pondan berdasarkan 3 ciri umum
tersebut iaitu kelakuan,kegiatan dan cara berpakaian.
Berdasarkan
ciri pertama iaitu kelakuan, seeorang lelaki itu percakapannya akan menjadi
lemah lembut seperti perempuan.Dia juga akan menjadi terlalu sensitif. selain
itu lelaki seperti juaga kerap ke tandas untuk menambahkan mekap dia cukup
teliti dalam penjagaan wajah dan kulit.
Seterusnya
ciri yang kedua iaitu kegiatan golongan ini.Golongan ini akan bergerak dalam
kumpulan yang sama.Selain itu golongan ini juga berkawan rapat dengan
perempuan.
Ciri
terakhir ialah cara berpakaian golongan ini.Mereka gemar untuk mengunakan
pakaian yang menampakkan ciri keperempuanan dan suka bersolek.Ada juga dalam
kalangan mereka mengunakan pakaian wanita dan pakaian dalaman wanita.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi gejala pondan
Terdapat
beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan ini.Faktor pertama ialah
pengaruh media.Hal ini kerana, industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan
watak-watak pondan sehingga diterima sebagai perkara normal dalam
masyarakat.Oleh itu,ramai masyarakat yang berpewatakan lembut berani mencuba
menjadi pondan.
Faktor
kedua ialah kurang didikan agama.Agama teruatama nya islam telah melarang
sekeras-kerasnya akan gejala yang menukar jantina seperti ini.Seseorang itu
dianggap tidak bersyukur di atas ciptaan Maha Pencipta iaitu Allah swt.
Faktor
seterusnya ialah faktor biologi .Kemungkinan seseorang lelaki itu mempunyai
bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan.Oleh itu,perwatakan perempuan
akan lebih menonjol dalam diri individu itu daripada perwatakan lelaki.
Faktor
berikut telah menjadi kebiasaan didengar iaitu pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya
merupakan faktor yang paling senang menyumbang akan gejala ini.Seseorang
individu itu akan mengikut rakan nya perperlakuan seperti wanita.Rakan sebaya
juga merupakan kumpulan yang paling rapat dengan individu itu selepas keluarga
individu sendiri.Oleh itu,seseoarang individu itu akan mudah mempercaya akan
kata-kata dan ajakan rakannya.
Antara
faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gejala pondan ini ialah tekanan
sosial dan naluri yang berbeza dengan fizikal.
HOMOSEKSUAL
Homoseksual
ialah golongan lelaki tulen yang seronok dan malah amat berbangga dengan
anggota sulitnya. Keterampilan mereka adalah nyata sebagai seorang lelaki.
Golongan ini tertarik dan berminat melakukan hubungan seks sejenis iaitu dengan
golongan lelaki sahaja. Kalau adapun melakukan seks dengan perempuan, ia hanya
paksaan pada diri, dan kalaupun berkahwin, ketika mereka melakukan hubungan
seks mereka membayangkan bersama lelaki. Lahirnya fenomena ini bukan disebabkan
kecacatan otak atau faktor biologi malah mereka lebih cenderung mengikut
naluri, atau lebih tepat mengikut nafsu jahat bujukan syaitan. Kebejatan ini
disebut oleh Allah dalam al-Quran yang menceritakan kisah kaum nabi Lut, hingga
akhirnya Allah membinasakan mereka sebagai suatu pengajaran kepada umat
manusia.
INTERSEKSUAL
ATAU KHUNSA
Golongan
ini dijelaskan dalam mengenai kejadian manusia pada bahagian kajian literatur.
Secara ringkasnya mereka mempunyai dua alat kelamin. Khunsa dibahagikan kepada
dua jenis; khunsa tidak nyata iaitu seseorang yang ada dua kemaluan tetapi
tidak jelas anggota kemaluan lelaki atau perempuan, walaupun sebenarnya dia
seorang lelaki.
Yang
kedua ialah khunsa nyata iaitu seseorang yang memiliki dua anggota kemaluan
yang nyata. Jenis khunsa seseorang, ditentukan oleh doktor, dan lazimnya
kejadian khunsa dihubungkan dengan faktor baka dan keturunan.Situasi kekeliruan
inlah sebenarnya yang menjadi faktor kepada kecelaruan gender kerana mereka
sendiri tidak tahu dia lelaki atau perempuan.
BISEKSUAL
Golongan
ini lebih terbuka mindanya dan boleh mengubah orientasi seksualnya terhadap
lelaki mahupun perempuan. Dalam masyarakat ia amat sukar dikenali dan
sebahagian besar mereka berstatus suami atau isteri. Mereka ini memiliki dua jenis nafsu iaitu kepada lelaki mahupun
perempuan. Mereka tidak kira lelaki atau perempuan kerana mereka akan
mangadakan hubungan seks tidak kira status jantina pasangannya. Mereka boleh
menukar orientasi seksualnya bila-bila masa sahaja sehinggakan masyarakat tidak
dapat mengesan golongan ini.
TRANSVETITE
Mereka
adalah golongan lelaki normal tetapi kadang-kadang suka memakai pakaian perempuan
pada waktu-waktu tertentu. Mereka ini juga dikenali dalam bahasa kasar ibarat
menyamar contoh pada waktu siang jadi lelaki tetapi pada waktu malam jadi
wanita. Kes-kes sebigini banyak didapati di Barat dan bandar-bandar besar.
Ada juga sesetengah antara mereka yang
adalah golongan wanita yang berubah manjadi lelaki pada masa tertentu, dalam
bahasa pasar ia dikenali sebagai Pengkid atau Lesbian
PENGKID
ATAU LESBIAN
Pengkid
adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita
yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, agak kasar
kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita
yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah
dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka
adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri- ciri kewanitaan mereka dan
sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti
lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup
menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’..
GAY
Kata
adjektif gay dalam Bahasa Inggeris biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang
sebagai istilah kepada homoseksual. Dalam penggunaan awal, perkataan ini
bermaksud "ceria", "gembira", atau "terang",
namun kini penggunaan sebegini tidak lagi biasa. Kadangkala Gay juga merujuk
kepada persamaan antara orang homoseksual. Perkataan gay kadangkala digunakan
untuk merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam "perkahwinan
gay", walaupun penggunaan ini tidak digalakkan oleh sesetengah penyokong
sebab asasnya adalah kerana penggunaan ini tidak termasuk orang yang biseksual
dan yang transjantina tetapi juga lesbian yang kebanyakan mereka menolak tanda
yang menjadikan mereka sebagai subset lelaki, dan juga lelaki gay. Sementara
gay dipakai dalam sesetengah konteks kepada kesemua homosexual, istilah lesbian
adalah khusus jantina: ia digunakan khusus bagi mengambarkan wanita gay.
Kadang-kala gay digunakan hanya merujuk kepada lelaki homosexual.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi kecelaruan gender
1.
Faktor
Kromosom
Menurut
Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin terdapat kekeliruan
dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan
terdapat segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna
terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku
kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita,
tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki. Dengan berpakaian seperti
lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita, golongan ini suka
berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan. Walaupun
memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada
sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri.
2.
Faktor
Persekitaran
Lambakan
hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah
satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan
material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen
terutamanya, akan menggalakkan budayapengkid dalam kalangan kanak-kanak serta
remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia,
menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki bernama Ruben menjadi
tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan masyarakat. Penyuburan
budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah kerana mengubah kejadian
fitrah diri manusia.
3.
Faktor
Keluarga
Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam
pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala kehendak
asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja. Sekiranya
sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba
mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut
diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang
lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan
melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki.
Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki, maka
sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan
menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang
berbeza.
4.
Faktor
Masyarakat
Kesedaran
dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi rendah. Tidak
ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti . Masyarakat
hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya
perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan
sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka
yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka.
Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang
tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita sebagai masyarakat berperanan sebagai
agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang berperilaku aneh.
KESIMPULAN
Kehidupan
manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan
yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun manusia ini
diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir
manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam
memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan
sehingga terjebak dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.
Kenapa 'melakukan kesilapan' pulak kalau diri seorang itu diciptakan dgn kromosom xxy? Tuhan melakukan kesilapan ke?
ReplyDeletePenulis melakukan research dari aspek biologi, bagus, tapi kesimpulannya seakan-akan tak research langsung. Itu yg disebut "malas fikir". Semua yg dia tak faham, dikategorikan sebagai " kesilapan". Pernahkah si penulis berjumpa dan berbincang dgn golongan yg diceritakan? Cuba memahami?
ReplyDeletePenulis melakukan research dari aspek biologi, bagus, tapi kesimpulannya seakan-akan tak research langsung. Itu yg disebut "malas fikir". Semua yg dia tak faham, dikategorikan sebagai " kesilapan". Pernahkah si penulis berjumpa dan berbincang dgn golongan yg diceritakan? Cuba memahami?
ReplyDeleteKenapa 'melakukan kesilapan' pulak kalau diri seorang itu diciptakan dgn kromosom xxy? Tuhan melakukan kesilapan ke?
ReplyDelete